Thursday, November 04, 2010

KARANGAN : Aktiviti 8 - TEMA KARANGAN


Latihan Mengarang

Berdasarkan Tema >

01 Kesabarn Mei 2010
02 Kejujuran
03 Keikhlasan
04 Kegagalan & Kejayaan Nov 2010

05 Pengorbanan
06 Penyelesaian
07 Persengketaan
08 Persahabatan/Persaudaraan

KARANGAN : Aktiviti 7 - KOMPONEN KREATIF


2K KOMPONEN KREATIF

2K (Komponen Kreatif) sangat penting kerana ianya menjadikan karangan anda hidup dan realistik. Ianya pasti menambahkan gaya penulisan karangan anda. Sila baca penerangan di bawah ini:


DIALOG

Dialog adalah perbualan antara dua orang. Karangan imaginatif yang menarik mesti ada penggunaan dialog.

X Salmah dan saya tidak mahu menegur satu sama lain.

 “Sudahlah Salmah, saya tidak mahu bercakap dengan awak lagi,” saya sengaja menarikkan suara.
 “Saya juga begitu, daripada bercakap dengan awak, baik saya bercakap dengan tembok. Tak sakit hati saya!” Bulat mata Salmah sebesar duit lima puluh sen.

Contoh Dialog:

- “Apa nak jadi dengan kau ni Anan? Selagi belum pukul 2, 3 pagi, selagi itulah kau tak ingat nak balik. Dahlah tu, tiap pagi kau balik, mabuk.”
“Kenapa ni? Bising lagi. Anan balik, mak bising. Anan tak balik pun, mak bising. Asyik nak mengamuk saja. Mak ni harimau jadi-jadian ya? Kalau nak mengaum selalu, nanti besok Anan hantar pergi sarkis. Nak?” – Maafkan Anan, R. Azmann A. Rahman

- “Dik, boleh saya bertanya?”
“Tanya apa, Encik?”
“Adik ni macam mana boleh ke sana ke mari menjual buku?”
“Maksud Encik?”
“Jangan marah kalau saya bertanya. Adik ni buta, bukan?”
“Ya, Encik.” – Kerusi Roda Fadhli, Rudy Herman Sinen

- Dialog:
“Belilah Ju kalau dah berkenan,” kata Leha sambil tersenyum.
“Benda ni mahal, si Julia ini tak bawa duitlah Leha,” sampuk Rina sambil tersenyum juga.
“Kesian. Julia, kerana kau kawan Rina, kau jadi kawan aku. Kalau sudah jadi kawan aku, aku akan tolong kau. Kau betul sukakan anting-anting ini?” Leha bertanya.- Sesalan, Junaidah Mohd. Sali

- Lama-kelamaan kuajar jua: “Pak cik kenal Rohana Khamis?”
Kerut di dahinya bertambah. “Ah? Siapa? Tak tahu pak cik.”
“Takkanlah pak cik,” selorohku. “Pak cik memang kenal dengannya, 20 tahun yang lalu.”
“Wah, lamanya. Manalah pak cik boleh ingat.”
“Takkanlah,” desakku. “Mak ingat sungguh pada pak cik. Pak cik yang bermalam dengannya di taman bunga.”
“Astaghfirullah,” lafaz pak cik terkejut dengan kelantanganku. “Anak jangan main-main tau! Apa yang anak tuduh pak cik ni?”
“Mengaku sajalah, pak cik,” kataku. “Pak cik ada bermalam dengan emak saya. Pak cik janji akan kahwin dengannya. Tapi setelah malam tu, pak cik tinggalkan dia .”
– Pintu, Abdul Rahman Basrun

- “Semuanya dah terjadi Mak Long...”
“Perkara inidah jadi kes polis, Leha. Ke mahkamah atau tidak, mereka yang menentukan, bukan kita.”
“Tapi ini masalah keluarga, Mak Long. Orang lain tak perlu masuk campur. Leha yakin tentu kita dapat selesaikan sendiri dengan baik. Kita tak perlukan orang luar untuk menguruskan masalah keluarga sendiri. Kita tak perlu polis. Kita tak perlu turun naik mahkamah.” – Saleha Binti Salleh, R. Azmann A. Rahman


MONOLOG

Monolog ialah ucapan seseorang yang bersendirian.

Monolog luaran boleh didengar (baik perlahan ataupun kuat).

Contohnya:
- Diam!
- Aku bencikan engkau!
- Lari! Lari ada lembu gila mengamuk!
- Ibu!
- “Cut! Cut! Nombor lain datang oii!” Kojek menyuruh kakinya beredar segera. – Sulaiman Slyman, Mohammed Thamrin Kamsan
- “Pergi! Pergi! Jangan kacau aku! Pergi! Aku tak mahu! Tak mahu!... Pergi! Binatang! Pergi!” – Maafkan Anan, R. Azmann A. Rahman
- “Aaaaah!!! Abaaah! Sakit, bah!!!” – Saleha Binti Salleh, R. Azmann A. Rahman

Monolog dalaman adalah bisikan di dalam hati.

Contohnya:
- “Mengapakah ibu harus pergi?” bisik hatiku yang sedang dilanda kesedihan.
- “Aku berjanji akan memenuhi impian ibu,” airmata aku kesat. Tiada gunanya aku menangis di atas kegagalan ini.
- “Tidak mungkin! Tidak mungkin!” jerit hati Julia. – Sesalan, Junaidah Mohd Sali
- Insaf. Aku benar-benar insaf. Tetapi, mahukah emak dan kakak menerima aku kembali? Belum sempat aku menemukan jawapannya, aku dikejutkan dari lamunan. – Maafkan Anan, R. Azmann A. Rahman’

PERASAAN

Perasaan dalaman dan luaran akan mempengaruhi pembaca untuk menghayati karangan anda dengan lebih mendalam.
Perasaan dalaman adalah perasaan di dalam hati.

Contohnya:
- Aku bingung memikirkan tentang keadaan ayah yang baru diberhentikan kerja.
- Kegembiraan yang aku rasakan tidak dapatku bendung.
- Dia memang bencikan aku yang lebih pandai daripadanya.
- Aku dapat merasakan ada sesuatu yang menekan perasaannya dan telah merampas sinar dari matanya.Tapi dari kekuyuan matanya itu aku dapat merasakan ada semacam rintihan mendalam yang menikam langsung ke mata hatiku. – Surah Yasin, Setitik Kasih dan Sebuah Pemergian, Peter Augustine Goh
- Semacam perasaan rindu dua orang sahabat sudah begitu memuncak. – Bila Maut Menjemput, Sulaiman Jeem
- Perasaan cemburu kadang kala bersarang di sanubarinya yang sensitif. – Selendang, Isa Kamari
- Pertanyaan yang tidak menentu ini menimbulkan kabut kepada jiwa mudanya. – Selendang, Isa Kamari
- Bukan main lapang dadaku. Seluruh urat anggota yang kejang sudah mula teratur kembali apabila kami dapat turun dari bas yang begitu padat. – Mana Azah Hilang, Suratman Markasan

Perasaan luaran ialah perasaan yang ditunjukkan atau perbuatan yang berdasarkan perasaan.

Contohnya:
- Aku melonjak-lonjak kerana kegembiraan.
- Tanpa aku duga, dia menendang kakiku sehingga luka. Aku tahu dia memang bencikan aku.
- Dahiku urut kerana terlalu bingung dengan keadaan ayah yang baru diberhentikan kerja.
- Titik-titik air jernih makin membasahi wajahnya apabila dia melakukan sujud syukur. – Madrasah, Johar Buang
- Ustaz Mail mendenguskan nafas yang dingin. Hati dan perasaannya benar-benar terhiris. – Madrasah, Johar Buang
- Tiba-tiba, titis-titis air jernih mengalir di celah-celah kedut pipinya. Alangkah remuk hati Ustaz Mail. – Madrasah, Johar Buang
- Orang ramai di kanan kiriku mengeluh berat dan mencemuh ucapan yang mereka tidak harap-harapkan itu. – Mana Azah Hilang, Suratman Markasan


KARANGAN : Aktiviti 6 - PENGGUNAAN DERIA


PENGGUNAAN DERIA

Deria ialah lima pancainderia kita iaitu penglihatan, pendengaran, rasa melalui lidah, hidu melalui hidung dan sentuhan.

Penggunaan deria boleh memberikan kesan visual dan audio atau pandang dengar kepada pembaca.

Bayangkan sebuah cerita di radio atau televisyen yang menarik minat anda. Tentu ada kesan bunyi dan pemandangan latar belakang yang menarik. Sekiranya seusatu kejadian berlaku di jeti, gambarkan keadaan di jeti itu.

Bayangkan apa yang boleh anda lihat, dengar, sentuh dan alami. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini.

PENGLIHATAN

Gambarkan apa yang anda lihat dengan hidup.

X kelihatan ramai orang

 penuh sesak pusat membeli-belah itu sehinggakan saya terhimpit dan susah bernafas

Contoh

Aku dapat melihat mata ibu yang kemerahan terperosok ke dalam antara tulang pipinya.
Perlahan-lahan ada air jernih bergenang di matanya. Air itu meleleh ke pipi dan
berkumpul di dagu, kemudian ia memberat dan jatuh setitis, setitis. – Surah Yasin, Setitik
Kasih dan Sebuah Pemergian, Peter Augustine Goh

RASA

X Ketam itu sangat pedas.

 Saya mencapai segelas minuman air limau yang dingin untuk menghilangkan rasa pedas. Ketam bersambal yang dihidangkan memang lazat.

PENDENGARAN

X Penonton bersorak dengan kuat.

 Sorak sorai penonton bergema dengan kuatnya apabila melihat para pemain Home United menjaringkan gol.

Contoh:
“Pang!” Satu tamparan terlepas dari tangan yang berisi geram kerana penuh menaruh
malu yang tidak terkawal lagi. – Di Luar Dugaan, Masuri SN

HIDU

X Air Milo itu enak.

 Aromanya menusuk hidung dan sekaligus membuka selera saya.

SENTUHAN

X Saya dibasahi hujan.

 Habis basah pakaian sekolah saya. Kini kedinginan mula menggigit kulit apabila angin kuat bertiup kencang.

KARANGAN : Aktiviti 5 - WATAK


WATAK

Dalam sesebuah cerita, harus ada watak-watak yang tertentu. Watak-watak ialah manusia, binatang atau apa saja objek yang digunakan sebagai ‘pelakon’ dalam cerita anda.

Jika diambil contoh di atas, terdapat tiga watak iaitu:

1. Saya
2. Azman (kawan saya)
3. Penyelamat (pemuda Cina)


Watak UTAMA

Setiap cerita mempunyai seorang watak utama, di mana peristiwa-peristiwa dalam cerita tersebut berpusat kepada watak itu.

Bagi contoh yang diberikan, watak utama ialah Saya.

Watak SAMPINGAN

Terdapat pula seorang atau lebih untuk dijadikan watak sampingan. Anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan terlalu ramai watak sampingan yang akan mengelirukan pembaca.

Bagi contoh yang diberikan, watak sampingan ialah Azman dan pemuda Cina.

Penggambaran watak-watak anda amat penting untuk menghidupkan mereka. Ertinya apabila dibaca, pembaca seakan dapat melihat watak itu dalam fikiran mereka. Untuk melakukan ini, anda sebagai penulis harus terlebih dahulu membayangkan watak-watak anda.

Apa yang boleh digambarkan?

SIFAT

1. Fizikal
Muka, badan, rambut, ketinggian, janggut, cermin mata, misai, tahi lalat dan sebagainya.

2. Pakaian
Kemas, compang-camping, bersih, kotor, berseluar panjang, berbaju kurung, bertali leher, berkasut hitam, membawa tas tangan dan sebagainya.

SIKAP

1. Baik
Jujur, pemurah, penyayang, peramah, suka membantu dan sebagainya.

2. Jahat
Dengki, garang, tidak sopan, suka mengganggu, pengotor dan sebagainya.

Untuk menambahkan daya tarikan dalam karangan anda, cubalah teknik ini:

1. Ketinggian Azman setakat mencecah paras bahu saya sahaja.

Penulis tidak mengatakan Azman lebih pendek daripadanya tetapi membandingkan ketinggian mereka berdua agar pembaca dapat menggambarkan mereka.

2. Dua kali Azman dipanggil guru besar kerana ada aduan dari para pelajar yang pernah diganggunya.

Penulis tidak mengatakan Azman suka mengganggu. Sebaliknya, penulis menunjukkan sejauh mana Azman suka mengganggu di sekolah sehinggakan dipanggil guru besar.

3. Dada ayah turun naik dan matanya pula merah menyala ketika merenung diri saya.

Penulis tidak mengatakan ayah terlalu merah. Cuba bayangkan sejauh mana ayah penulis sedang marah sehinggakan matanya menyala.

Cari dan gambarkan sifat dan sikap watak-watak yang tertentu dengan cara yang lebih kreatif. Caranya amat mudah. Cuba cara-cara berikut:

- Terangkan apa yang ingin digambarkan.
Ayah sangat marah.

- Kemudian gunakan kreativiti anda dengan menggambarkan keadaan orang yang sangat marah.

- Lihat tangannya.
Menghentak-hentak, menuding-nuding, menghayun-hayun, mencekak pinggang..

- Dengar suaranya.
Gegak-gempita, kuat, lantang, memekik-mekik.

- Lihat raut wajahnya.
Warna kulit bertukar, kulit berkerut, mata terbeliak.

Contoh lukisan watak

- Seorang gadis comel berbaju kelabu sedondong, bertopi mengkuang caping keliling lebar, menghampiri kereta lama yang enjinnya masih mengaum-ngaum kerana eksleretornya ditekan-tekan Salam.- Engkau Tidak Tahu, Muhammad Ariff Ahmad

- Aku bayangkan perangai abangku. Pasti dia terlalu moden kini. Agaknya bercakap cara Barat. Makan cara Barat. Lagak Barat. Semuanya kebarat-baratan. Aku bayangkan rupa abangku. Kulitnya mesti sudah kemerah-merahan. Kulit Jawa bercampur Inggeris. Hebat sungguh! – Nostalgia Yang Hilang, Mohamed Latiff Mohamed

- Aku memeluk abang. Badannya kental dan tegap. Tidak nampak usia abang telah menjangkau ke-58 tahun. Abang kulihat seperti baru berusia 45 tahun. Wajah abang bersih. Pipinya tembam berisi. Matanya jernih bersinar-sinar. Sementara bibir abang kelihatan sentiasa basah. – Nostalgia Yang Hilang, Mohamed Latiff Mohamed

- Masing-masing bersetuju dengan kata-kata Kojek yang botak licin kepalanya itu, bersinar bak bulan purnama. Di belakang kepalanya terdapat tatu Red Hot Chilli Peppers. Dialah kepala kumpulan The Dirty Dozen itu. – Sulaiman Slyman, Mohammed Thamrin Kamsan

- Pakaian kita hampir seragam walaupun di luar padang bola. Jeans button fly steamer, tiga suku atau tight-fit merupakan satu kemestian, dengan jersi bolasepak dipakai sama setiap kali ada perjumpaan. – Sulaiman Slyman, Mohammed Thamrin Kamsan

- Tak tahan rasanya melihat Saleha berpakaian begitu, dengan baju yang tak berlengan, bertengkuk lebar hingga mendedahkan dadanya dan hampir setengah belakangnya ditambah pula dengan skirt denim hingga ke paras atas lutut. – Saleha Binti Salleh, R. Azmann A. Rahman


KARANGAN : Aktiviti 4 - PLOT


KERTAS 1 - KARANGAN

Setiap pelajar boleh mengarang sebuah karangan cereka atau naratif yang baik.

Terdapat cara-cara untuk anda ikuti demi mengarang sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai ciri-ciri karangan yang baik.

Jika anda ingin mengarang sebuah karangan cereka atau naratif yang boleh mendapatkan markah yang tinggi, jangan lupa menggunakan empat perkara penting ini:

- PLOT

- WATAK

- DERIA

- 2K (Komponen Kreatif)

**********************************************************

PLOT

Setiap cerita mesti ada plot atau jalan cerita. Plot boleh dibahagiakan kepada empat tahap atau peringkat supaya cerita tersebut menarik perhatian pembaca.

Empat tahap yang dimaksudkan ialah:

1. Pembukaan/Permulaan
Pembukaan ialah pengenalan cerita anda. Di sinilah anda mengenalkan watak-watak dan cerita anda.

2. Konflik / Masalah
Konflik ialah ketegangan yang anda cipta, seperti masalah yang dihadapi watak-watak anda.

3. Kemuncak / Klimaks
Kemuncak ialah titik tertinggi karangan anda, di mana watak-watak dan plot yang dikarang mencapai tahap ketegangan yang paling tinggi. Kemuncak berlaku setelah konflik-konflik yang dicipta terkumpul.

4. Penyelesaian
Penyelesaian adalah huraian terhadap konflik-konflik yang anda cipta.

Sebagai contoh, sila ikuti karangan di bawah ini untuk melihat perlaksaan keempat tahap tersebut.


PEMBUKAAN / PERMULAAN

Pada suatu pagi kami pergi memancing.

Penulis memulakan dengan memberitahu beliau dan rakannya telah pergi memancing.


KONFLIK / MASALAH

Apabila tiba di jeti, kami memasang matakail di joran. Kami berasa gugup ketika memasangnya. Kami memasangnya dengan berhati-hati. Ketika saya menghambur matakail itu ke laut, matakail itu terkait jari saya.

Konflik yang di ketengahkan ialah apabila matakail terkait jari penulis. Walaupun dia sudah berhati-hati namun kemalangan tetap berlaku. Inilah masalah penulis.

KEMUNCAK / KLIMAKS

Saya menjerit dengan suara yang lantang untuk meminta pertolongan. Azman kawan saya cuba mengeluarkan matakail itu tetapi gagal.

Jeritan penulis dan kegagalan rakannya mengeluarkan matakail ialah klimaks cerita ini. Ia membantu meningkatkan tahap suspen cerita ini. Di tahap kemuncaklah, perhatian pembaca terus terpaku kerana terasa tiada jalan keluar untuk menyelamatkan penulis.


PENYELESAIAN

Mujur ada seorang pemuda Cina yang membantu saya. Beliau membawa kotak perubatan lalu merawat saya. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya.

Dengan membawa masuk watak pemuda Cina, penulis memberikan huraian kepada masalah yang dicipta.

TEKNIK

Untuk menjadikan penceritaan kita lebih menarik, ayuh gunakan teknik imbasan. Teknik imbasan ialah cara menulis di aman anda mengatur plot dengan cara yang menarik.

Contohnya:

Pembukaan
Saya ke jeti untuk memancing.

Konflik
Ketika menghambur joran, jari saya terkait matakail.

Kemuncak
Saya merasa kesakitan lalu seorang pemuda Cina menghulurkan bantuan.

Penyelesaian
Saya mengucapkan terima kasih kepada pemuda Cina itu.


Sekarang, ayuh gunakan teknik imbasan!

(Penyelesaian)
Saya mengucapkan terima kasih kepada pemuda Cina itu. Seorang pegawai polis yang kebetulan sedang lalu di situ menghampiri saya lalu bertanya.
“Siapakah pemuda itu?”
“Dia membantu saya tadi.”
“Bantu awak? Apa yang dia lakukan?”

(Teknik Imbasan)
Saya pun menceritakan tentang kejadian yang berlaku kepada pegawai polis itu.

(Pembukaan) Pagi tadi saya ke jeti untuk memancing....(Konflik) Ketika menghambur joran, jari saya terkait matakail.....(Kemuncak) Saya merasa kesakitan lalu seorang pemuda Cina menghulurkan bantuan. Barulah pegawai polis itu faham keadaan yang sebenarnya. Beliau khuatir saya diugut pemuda Cina itu.


KARANGAN : Aktiviti 3 - SENARAI FRASA BERBUNGA


BAHASA MELAYU

KERTAS 1 (KARANGAN) - FRASA BERBUNGA

KEGEMBIRAAN

1. sinar gembira mengerlip di matanya / di mata tuanya
2. seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang 3. dibayangi perasaan gembira
4. kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada
5. rasa gembira meruap di dadanya
6. rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya
7. dia terlalu gembira, gembira sakan
8. hatinya melonjak gembira
9. Kebahagiaannya belum ada perbandingan
10. Kelembutan tabir sutera menguliti tubuhku sungguh menyenangkan.
11. Haruman kasturi tidak henti-henti menerawang di sini


KASIH DAN SAYANG

1. curahan kasih sayang
2. berharap putik-putik kemesraan akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan hati-hati luka
3. silaturahim antara sanak – saudara
4. merindui belai kasih daripada seorang ayah / ibu
5. jauh di sudut hatinya bercambah kasih yang amat mendalam terhadap ……..


SENYUMAN

1. Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang (asmaradanta *) putih bak mutiara
2. senyuman mesra terukir di mulutnya
3. segaris senyuman terukir di bibir / bibirnya
4. mengulum senyuman tipis
5. mengetap bibir tersenyum


LAMUNAN

1. tiba-tiba lamunannya terhenti
2. lamunannya terputus
3. membiarkan sejenak fikirannya menerawang
4. lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana
5. lamunannya terbang pergi


INGATAN / NOSTALGIA

1. ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau
2. mengimbau kenangan silam
3. ingatannya masih segar
4. meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam dibungkus waktu
5. ingatannya terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristaiwa yang lain
6. kenangan pahit , manis , suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya
7. dia cuba menepis-nepis ingatannya terhadap ……………..( nama orang) tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu
8. kenangan mengusik jiwa


FIKIRAN

1. fikirannya menderas ( berfikir secara deras /cepat )
2. soalan itu ( yang sama )sentiasa memenuhi kotak fikirannya
3. arus fikirannya seperti terhenti / berhenti
4. terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran
5. fikirannya dirasuk ingatan yang bukan-bukan
6. fikirannya melayang jauh
7. dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang
8. Fikiran dan pena yang dipegangnya seperti ingin mengilhamkan sesuatu
9. berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya ( bermaksud menjadi buntu )
10. dalam laut fikirannya
11. memeras otak ( berfikir secara keras )
12. rasa bersalah menerpa fikirannya ( guilty)
13. berlegar-legar dalam pusat ingatannya
14. ingatannya terhadap …………….( nama orang) susut tanpa sisa
15. fikiranya tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan perlahan pintu bilik/ kamarnya
16. soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya
17. cadar dan selimut yang renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga, renyuk-renyuk
18. keadaan di luar itu seperti fikirannya, sesak dan berjerebu
19. seperti sehelai sutera putih yang bersih dan suci


TANGISAN

1. kulihat air jernih mengalir di pipinya
2. bendungan air matanya pecah
3. beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya
4. air matanya jatuh membasahi pipinya yang gebu
5. awan mendung bergayutan di pelipis matanya
6. kolam matanya sudah berkaca
7. kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
8. matanya berkaca dan kemudian berair
9. Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata
10. juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya (*)
11. air mata mula tumpah dari tasik bundar
12. matanya mula terasa basah
13. air mata berlinangan
14. Matanya yang bulat kini berair. Mukanya bertikar menjadi merah-padam mengenang nasibnya itu
15. Bersimpuh sambil menundukkan kepalanya ke tanah gersang
16. Sayup dan pilu menghambat perasaannya
17. cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam
18. tangisan memberi nikmat kepuasan batin
19. titisan air jernih jatuh bergugurandari sudut matanya


SEDIH & KECEWA

1. hatinya pecah seribu
2. menyayat hati
3. meratap kesedihan
4. Kata-kata itu menikam terus ke jantung
5. perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya
6. bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya
7. pedih sungguh hatinya
8. menjunam ke paras yang terlalu parah
9. Hatinya terlalu dukacita
10. Sudah lama kutangisi kepiluan diri walaupun tiada air mata yang mengiringi
11. Mulut terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan
12. harapannya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran
13. Tersentuh juga di pedalaman hatinya
14. duduk sugul di kepala katil
15. nadanya menikam jantung
16. namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya
17. nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya
18. keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan
19. suara batinnya menggelepar
20. harapan itulah yang menyinari makam derita ini
21. bencana menimpa kerianganku
22. sedih berbaur kekecewaan
23. begitu meruntun( menarik / menyentak ) jiwa dan perasaan
24. kini dia berasa kosong dan hampa
25. sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya
26. rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya
27. hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang
28. langit yang muram dan ombak yang resah
29. menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan
30. saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya
31. bagai mencurahkan cuka di kelukaan hatinya
32. dirinya bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah berserakan
33. memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya
34. bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajahnya
35. segala macam deraan mendesak di segenap cepu kepalanya
36. dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan
37. malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang
38. dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok
39. sungguh menyusuk dan menyayat hati
40. sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
41. kian sayu dan redup, seredup petang ini
42. hatinya luluh
43. diselaputi perasaan pilu
44. mengubat luka yang parah dalam jiwanya
45. mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
46. dunia ini seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggongcangkan perasaan dua sahabat itu
47. berkecamuk dengan perasaan kehibaan
48. dunia kecerahan kin telah diliputi awan gelap

49. kekesalan hatinya terhadap ayahnya begitu bertubi-tubi datangnya
50. hatiku rintih
51. hatiya hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu
52. hatiku menagis pilu
53. hatiku ditimbuni kesedihan
54. sedih yang terlalu sukar nak dihapuskan dari perasaanku
55. hanya yang mengerti sahajalah yang dapat meneroka betapa hancurnya hati ini
56. jiwa ini terhiris
57. bagai dihiris-hiris hati ini, menahan kesakitannya
58. suara ibu mengandungi seribu derita yang tidak kesudahan
59. keharuan kembali mengisi dada
60. aku terpaksa menjerit dalam kekosongan
61. memukul tangkai hatinya
62. mencoretkan bisikan hati yang menangis
63. matanya murung, menghilangkan seri senyumnya
64. sinar matanya dilindungi mendung
65. ada cerita sedih yang berlabuh di matanya
66. matanya murung, menghilangkan seri senyumnya
67. matanya merenung sayu


KEGELISAHAN

1. ketenangan yang diidaminya tak kunjung tiba
2. perasaan berkecamuk melanda hatinya
3. rasa gelisah menjamah hati
4. Ranjau duri hidup ini semakin menikam-nikam sanubari
5. resah dan gusar silih berganti
6. tidurku diganggu gelisah dan gelabah
7. Setiap yang beridiri disitu dihantui keresahan yang tidak terduga (*)
8. Kerisauan diri semakin memuncak, akar persoalanku belum terlerai
9. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikisnya sedikit demi sedikit
10. Kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikirannya
11. masalahku bertali-tali
12. bibit-bibit lampau tidak henti-henti menghantui otakku
13. persoalan demi persoalan bersilih-ganti dan berlegar-legar di ruang benakku
14. di sudut otak ini dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan


KEBIMBANGAN

1. bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatinya
2. Kebimbangannya semakin membakar
3. di wajahnya bergayut setompok kebimbangan
4. persaannya didera kebimbangan
5. kepalanya sakit digayuti keserabutan
6. badai kebimbangan merempuh-rempuh hatinya
7. terbang keluar segala keyakinan
8. muncullah keresahan yang menyeksakan
9. hati kecilnya berbisik
10. Fikiranku terhenti seketika, berpintal-pintal, lalu kusut


KEMARAHAN

1. dadanya berombak-ombak
2. antara dia dan abangnya masih membara api-api pertentangan
3. perdebatan yang mulai panas
4. meledak marah
5. begitu dia memantulkan soalankanku, selamba, sinis, terasa
6. menjadi merah padam
7. panas relung dadakuku bagaikan terbakar
8. kebencian hatinya memuncak sekali
9. meludah ke tanah
10. Segala bahasa kesat di luahkannya
11. Carut-mencarut terlalu indah baginya
12. Nada syaitannya bersuara lagi
13. Dimaki hamun sehendaknya
14. ditahannya gelora hati agar tidak sampai melontarkan jawapan balas yang boleh menggegarkan suasana
15. bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan
16. panas hatinya menggongcang sekelumit keimanan yang bertapak di pintu kalbunya
17. kebenciannya terpeteri jelas dalam ingatannya
18. semua itu seperti buah pahit
19. pergesaran yang boleh menggugat keharmonian
20. mencetus pergaduhan
21. melontar kata-kata kaca ke kalbu
22. menyebarkan peperangan
23. panahan busur-busur mata dan tikaman lidah keris menderanya
24. tangan keras kematu terangkat tinggi, melayang menampar pipi gebunya
25. bekas tapak tangan masih terlukis di pipi
26. bahang nyalaan tidak berkilau semakin terasa
27. ayah bagai gunung berapi pendam, akan meletus, mengalirkan larva bila-bila masa sahaja
28. merah telinganya, mendengar cercaan
29. perasaan marahku semakin meluap-luap
30. mendengar namanya cukup membangkitkan sejuta rasa benci dan geram
31. satu tamparan yang kuat hinggap di pipinya
32. keangkuhan ibu membuatkan kebencian semakin menebal di hatiku
33. cuba memadami api kemarahan yang seterusnya melenyapkan bibir kemesraan yang telah dibina bersama sahabatnya
34. matanya memancar api terbakar
35. sepasang mata sinis dan dingin ditujukan ke arahnya


KEJAHATAN

1. hasad dengan dengki
2. cemarkan budaya leluhur
3. hanyut di lembah hina


LANGKAH KAKI

1. terus menghayunkan kakinya berjalan pulang
2. berat kakinya melangkah masuk ke….
3. berjalan gontai ( perlahan –lahan ,lemah ,tidak berdaya )
4. dia kematian langkah
5. langkahnya mantap dan penuh keyakinan


KENDERAAN

1. hinggutan bas dan sesekali lonjakkannya apabila terlanggar di dada jalan amat menyakitkan hati penumpang
2. dibuai dalam perut bas
3. tenggelam dalam perut kereta
4. lenyap ditelan perut kereta
5. Kendaraan putih yang entah apa tulisan di dadanya masih bermundar-mandir
6. lenyap ditelan dentuman pintu yang menghentak ketenangan pagi
7. deruman enjin melanggar gegendang telinganya


PERSAHABATAN

1. pergaulan yang akrab
2. menjalin hubungan yang mesra
3. persahabatan yang tahan diuji
4. seorang sahabat yang sejati
5. hubungan yang peribadi lagi intim
6. di mata masing-masing terpancar satu kemesraan yang erat berjalan seiring


KETAKUTAN

1. mukanya pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah
2. debar jantungnya memukul dada
3. ketakutan mula bergayut di sudut hatinya
4. segugus debaran menggoncang dadanya
5. perdu hatinya bagaikan bergayut dengan sebeban debaran
6. jantungku berdegup-degup kencang
7. jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya
8. seperti dihantui kegamangan
9. genting dan mengerikan
10. diserang ketakutan sehingga lututnya lemah dan tangannya terkulai
11. aku menggigil ketakutan


KATA-KATA & SUARA

1. cetusan kata-kata yang menusuk jauh ke sanubari
2. tidak tergagah lidahku untuk menyempurnakan ayat itu
3. menyusun frasa yang terbaik sebagai keengganan yang paling manis
4. kata-katanya tergiang-giang di telingaku
5. lidahnya seperti dikelukan oleh sesuatu kuasa
6. sering bermain di bibir masing-masing
7. suara lunak memukul gendang telinganya
8. kata-katanya meluncur bersama pandangannya yang tajam
9. kata-kata itu benar-benar racun berbisa yang mematikan semangat hidupnya
yang selama ini segar-bugar
10. kata-katanya bagai merobek ranting-ranting semangatnya
11. kata-katanya itu bagaikan ledakan bom yang memecahkan angkasa
12. membisu dalam seribu bahasa
13. dia terpukul oleh lontaran kata-kata
14. bagai disirami dengan kata-kata penawar
15. perbualan mereka mati di situ
16. mulutnya terkunci
17. suaranya ditinggikan untuk melawan arus kelas yang seperti bertih goring
18. membuka bicara yang terkunci sejak tadi
19. bunyi bergelugut gong
20. perkataan-perkataan kasar yang menghiris jantungmu dulu terhambur dari mulutku
21. suaranya menikam gegendang telinga
22. memekakkan telinga mendengar leteran seseorang


SENJA

1. warna senja mulai memamah suasana
2. sinar mentari sore menyelinap masuk menerusi kaca


PAGI

1. tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik
2. suria muda memancarkan sinarnya
3. ketika kokok ayam mula kedengaran, ketika lena tidur penduduk …….
masih panjang


MALAM

1. dalam kesamaran cahaya lampu
2. kepekatan malam mewarnagelapkan semua (*)
3. malam pasti akan membungkus panorama alam
4. butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik
5. malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh kampung.
6. malam kian mengengsot dewasa
7. malam telah melampaui garisnya. Dinihari mula menjelma.
8. Matahari semakin menghilang di ufuk barat. Warnanya kemerah – merahan.
9. Sebentar lagi malam akan bertahta.


KESUNYIAN

1. dia dibungkus sepi seperti seorang pengembara di padang pasir
2. kesepian yang mencengkam perasaan
3. keheningan malam yang menenangkan fikiran, mendamaikan perasaan
4. hari demi hari digigit kesepian yang amat menyeksa
5. jiwa ini terhimpit kesunyian


KESEJUKAN

1. kesejukan yang menusuk tulang
2. kesejukan yang mengigit hingga ke tulang
3. membuka tingkap membiarkan angin menerjah masuk ke bilik
4. angin malam bertiup berkali-kali menempiaskan kedinginan
5. sebahagian rambutnya tergigil-gigil disergah angin
6. kesejukan menerpa ke tulang hitam
7. Kelembaban embun dingin memang tiada tandingan
8. Sejuknya meresap ke tulangku yang semakin rapuh
9. Kedinginan itu menggoyahkan jiwaku yang semakin pudar
10. kesejukan angin bagaikan salji


KEPANASAN

1. bintek-bintek peluh bercambah di sana sini di tubuhnya disebabkan kepanasan
2. manik-manik peluh di dahinya
3. wajahnya sudah diminyaki peluh
4. panas yang membakar
5. terasa berbahang
6. Peluh yang membasahi seluruh kulit tibuh mereka tidak henti-henti mengalir
7. Tubuhku tak ubah seperti ranting pokok yang hangus terbakar
8. mentari tinggi di kepala
9. Kulitku yang rapuh pula dicakar-cakay oleh panahan teriknya
10. kegarangan matahari amat memeritkan kulitnya (*)
11. sang matahari menyimbahkan panasnya
12. Keringatnya semakin mengalir membasahi muka
13. panas menembusi celah-celah daun
14. keringatku berlumba-lumba keluar dari permukaan dahi lalu membasahi seluruh tubuh
15. Cuaca yang bertambah ganas dengan tiada awan-gemawan dirasakan menggigit-gigit kulit


KERAJINAN

1. terus menekuni kerja masing-masing
2. mengorak langkah ke mercu kejayaan
3. kagum melihat kesungguhannya
4. berusaha mengubah takdir yang sudah terpateri


CITA-CITA

1. berjaya menghambat cita-cita
2. menrealisasikan cita-cita dengan keringat dan air mata (*)
3. cita-citanya setinggi gunung, harapan setinggi langit, kenyakinannya sedalam laut (*)
4. dia mengisi masa dengan mengejar cita-cita (*)
5. dia mengorbankan cintanya demi cita-cita(*)


HUJAN RIBUT

1. sekali-sekali kelihatan cahaya kilat memanah langit
2. awan hitam kelihatan berarak ditiup angin
3. kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh berdentum –dentam
4. diterangi sesekali hanya oleh kilat yang disusuli guruh
5. kilat mengenyit dua tiga kali
6. petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan
7. Bunyi guruh di langit sahut menyahut seolah-olah menggegarkan kamarku
8. langit yang menumpahkan air matanya bertali temali
9. titik-titik hujan bertali temali dari langit
10. air hujan meleleh-leleh jenuh
11. petir dan kilat sabung-menyabung
12. hujan hari itu akan tetap kencang berguguran melunaskan tugasnya


KEMISKINAN

1. di tengah ranjau ketidakmampuan
2. bertarung dengan dugaan demi dugaan
3. tak sanggup lagi menadah tangan menanti ikhsan oran lain
4. menangisi nasib
5. terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh dengan onak dan duri
6. hidupku bagaikan perahu yang sedang hanyut dibawa arus yang sedang bergelora


KETABAHAN

1. keputusan itu bukan seperti aur yang mudah dilentur
2. Namun dalam rempuhan yang dahsyat itu, mereka tidak sekalipun berhenti dan berpatah hati
3. pendiriannya tembok yang tiada retak digongcang gempa gertakan
4. tekadnya sekukuh besi khursyani yang tidak cair oleh kata bujukan
5. Jerit pekik tangisan kaumku tidak pernah mematahkan semangat wajaku untuk terus berjuang demi kehidupan
6. pulangnya petang itu bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh kaabah waktu diserang Abrahah
7. tidak mahu menitiskan air mata kerana baginya, ia berharga untuk menangisi nasib dunia yang menurutnya lebih malang
8. masih tidak mahu berganjak dari kemahuannya
9. Walaupun mulutnya tidak mahu menjawab soalan itu, tetapi hatinya meronta-ronta ingin membebaskan kata-kata
10. tanpa menyimpan kata-kata yang berbalut kecewa dan kegagalan
11. akan mengatasi apa jua rintangan yang menghalangi kemaraanya
12. kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia merelakan kejayaanmu
13. tidak jemu meniupkan aku semangat
14. liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri itu terpaksa dilalui dengan penuh ketabahan
15. seribu rintangan bukan tiket untuk menempah kegagalan
16. tetapi aku akur bahawa itu adalah anugerah Tuhan untuk mahluknya, tersembunyi sejuta hikmat dan rahmat
17. dalam hatinya terbetik sesuatu pengertian bahawa kehidupan ini adalah satu medan perjuangan


KEBOSANAN

1. kebosanan jelas terpancar di wajah mereka
2. terkikis kebosanan
3. menghela nafas panjang
4. telah berulang-ulang kali kata-katanya menerjah cuping telinga yang sendat dihambur leteran yang serupa
5. duduk tercantuk sambil menunggu masa berlalu


KELEMAHAN BADAN

1. masih lemah oleh beban nyedar dan ngantuk semalam
2. sekujur badannya tersandar lesu tanpa gerak
3. Aku biarkan saja punggungku berehat di lantai perpasir ini
4. Keletihan enggan berganjak dariku
5. bibirnya kering mengelupas
6. Mataku yang cekung dan perutku yang buncit menjelaskan kesengsaraan kami
7. matanya layu dan merana
8. tulang pipinya tersembul keluar
9. batuk meledak, membuat nafasku rasa tersendat-sendat
10. dadaku yang rapuh, kutekan dengan telapak tangan, meskipun tanpa daya
11. batukku tidak terjumlah peritnya, menghambat sekian banyak kekuatan diri tua ini
12. serpihan batuk bertaburan di aspal sepi
13. tercungap-cungap keletihan
14. kepalanya berdenyut-denyut, anak matanya berpinar-pinar
15. penuturan putus-putus
16. suara erangnya kesekian kalinya menyambar perhatian hadirin
17. perutnya berombak-ombak kecil
18. nafasku dirudung kesesakkan
19. behempas pulas dengan tenaga
20. nafasku tercungap-cungap keletihan


ANGIN

1. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
2. angin menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-pohon yang berjejer di sepanjang jalan
3. pohon-pohon yang menari-nari ditiup angin bagaikan berbisik
4. angin yang menderu sesekali menampar dinding rumahku
5. angin semilir menyapa lembut pipiku
6. angin malam bertiup sayu melewati jendela, meyapa sepi wajahku
7. daun berombak-ombak ditiup angin
8. Derus sang angin terus meniup debu-debu gersang
9. angin kencang membedal
10. Gelenggong ketimuran yang menghembus dingin
11. Sang bayu pula masih asyik menghelakan nafasnya yang panjang


KEHIDUPAN

1. pahit-maung kehidupannya
2. meneruskan sisa-sisa hidupnya
3. selagi hayat dikandung badan
4. pengalaman yang lalu begitu sahaja dengan tidak dimasukkan ke dalam buku perhitungan
5. di penjuru usia yang tinggal sisa


MATA

1. mata redupnya menjamah mesra wajahku
2. mengamati wajah bening ibu
3. kerdipan matanya bagaikan pisau yang melapah perasaannya
4. sinaran matanya yang demikian dingin
5. Mata kananku dilindungi dengan keganasan
6. Mata kiriku pula menyiarkan suara-suara penderitaan
7. membelingaskan matanya
8. terkelip-kelip matanya menatap renungan sahabatnya yang tidak terdaya ditafsirkan itu
9. bertukar renung
10. gerak mata jatuh ke katil
11. matanya yang ralip
12. matanya yang beralis pendek itu mengecil
13. panahan matanya terasa amat tajam menggetarkan kalbu
14. matanya mengjangkau jauh ke sekitar
15. matanya liar menangkap isi surat itu
16. bola matanya mencari-cari
17. sinaran matanya terasa lembut dan mendamaikan
18. mataku terus menjilat tubuhnya
19. daripada riak matanya terbayang kejujuran dan ketulusan
20. sinaran matanya berjaya memujuknya
21. alis berkerut
22. tak sanggup dia melawan sinaran kasih yang memancar daripada mata kakaknya
23. kerdipan mata ibunya bagaikan membayangkan suatu ketidaksenangan bergelodak dalam kolam perasaannya
24. terkebil-kebil macam katak disimbah air
25. mataku terpaksa dipejam-celikkan
26. mataku yang semakin sepet


PANDANGAN

1. dari tingkap itu pandangannya ditebarkan keluar, jauh ke arah jalan raya yang sibuk
2. merenung tingkap yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang sibuk
3. mencuri pandang
4. melarikan pandangannya
5. melemparkan pandangannya
6. sekilas memandang
7. dihambau pandangannya jauh
8. pandangannya kini berpusat pada pohon-pohon di kejauhan dan bot-bot bersilih ganti
9. disilaukan oleh percikan cahaya yang datang dari penghujung corong jambatan
10. mataku terpaksa dipejam-celikkan.
11. sawahnya lebar saujana mata memandang berlapis-lapis tak nampak tepinya.
12. disilaukan oleh percikan sinaran cahaya yang datang dari penghujung corong jambatan


HATI / KEADAAN BERMASALAH

1. hatiku berkocak
2. di tengah-tengah kekalutan ini, hatinya bagaikan menjerit, seolah-olah jeritan itu bergema dan sahut-sahutan lantas melayang, meneroka jauh ke detik-detik di suatu silam itu
3. hatiku yang pejal menjadi cair umpama ais yang diletakkan di bawah terik mentari
4. ada yang bergolak di hatiku
5. kau seperti sampan dan bot yang teroleng-olrng di atas dada laut
6. angin mendesir agak keras, lantas memberkas hatinya lagi
7. aku merenunganya dengan seribu perasaan yang aku sendiri tidak mengerti
8. dia termangu-mangu idak mengerti
9. masalah memang sering memburu kita
10. mencurahkan apa yang terbuku dalam hatinya
11. masalah yang berbangkit sekarang
12. aku hanyut dibawa arus resah
13. bak pengembara hilang peta
14. Tidak ada kata kata indah yang dapat ku ukirkan
15. makan hati berulam jantung


PERTANYAAN

1. pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaannya
2. berulang-ulang kali pertanyaan ini timbil dalam otaknya
3. merenung matanya dengan seliratan tanda tanya


KETENANGAN

1. wajahnya tenang, setenang air di kali
2. ingin mencari ketenangan yang hakiki
3. Nur yang bersinar dari arah mahligai itu sudah mula menerangi jiwa yang kosong ini
4. melenyapkan segala bicara khatir-khatirnya


RAMBUT

1. rambut panjangnya berjuntai berserabut menutup mukanya
2. menyisir rambutnya lagi ke belakang
3. rambutnya ikal mayang
4. rambut panjang paras bahu yang berombak-ombak cantik


KECANTIKAN

1. raut muka yang cantik
2. secantik bintang filem di layar perak
3. alisnya selentik taji dibentuk
4. pipinya selicin pauh dilayang
5. bibirnya semerah delima merekah
6. wajahnya tersinar cerah dengan pancaran mentari kehidupan dari bebola mata yang coklat ceria


LAUT/ PANTAI DAN OMBAK

1. tidak dipedulikan air ombak yang berdebur menghempas di tepian batu besar
2. air laut yang bergelora bagaikan menukas
3. pantai permai putih melandai terhampar berliku-liku
4. Sungai yang lazimnya berjujuhan dan lautan luas yang mendalam dan membiru tidak berfungsi di kala itu


SURAT

1. surat yang terkejap di tangannya ditenung lama
2. dalam genggamannya, dua helai kertas surat sudah renyuk, serenyuk hatinya
3. matanya terpaku kepada ayat yang berbunyi
4. dalam surat yang dilampirkan


AIR

1. air sungai mengalir tak kering- kering.
2. air mengalir mencari tanah yang lebih rendah.
3. air yang jernih seperti air mata.
4. tidak dipedulikan air ombak yang berdebur menghempas di tepian batu besar
5. air laut yang bergelora bagaikan menukas
6. pantai permai putih melandai terhampar berliku-liku
7. sungai yang lazimnya berjujuhan dan lautan luas yang mendalam dan membiru tidak berfungsi di kala itu
8. air sungai mengalir tak kering-kering.
9. air mengalir mencari tanah yang lebih rendah.
10. air yang jernih seperti air mata.


HARI / SIANG

1. bilah-bilah hari tetap juga datang
2. siang terus bangun


TUMBUHAN / HUTAN

1. kawasan gigi rimba
2. kayu-kayu yang berceracak menghutan
3. daun-daun pokok tunduk terkulai
4. dunia yang ditabiri dengan jajaran pokok-pokok dan semak samun


HAIWAN

1. harimau membaham
2. gajah turun minyak


JALANRAYA

1. di pinggir jalan beraspal hitam dan pejal
2. lorong dua-hala yang seperti ular kena palu
3. lampu isyarat itu bukannya bijak tetapi setia mengikut program
4. kenderaan lalu-lalang deras dan perlahan
5. melintas bersahaja mengundang maut
6. bunyi hon tercetus di sana sini
7. sinaran lampu neon menghias pinggir jalan
8. papan bilboard berkerdipan menghiasi malam sambil menyalurkan informasi


KOTA

1. kota ini baru bangun dari tidurnya
2. insan kota bingkas berkejaran di hening pagi tanpa diarah
3. dia menyandang beg sekolah untuk menunaikan tanggungjawab remaja kota seperti semalam dan hari-hari sebelumnya
4. perkarangan flat HDB yang baru
5. bawah kolong flat yang tegak berdiri
6. estet lama yang semakin kehilangan daya tarikan
7. deretan kedai Cina yang menjual pelbagai produk
8. aroma kurang enak dari kedai singseh Gong Hin


PUSAT BELI BELAH

1. berdiri memerhatikan gelagat pengunjung di pusat beli belah Jurong Point
2. penjual yang ramah dan mesra cuba memikat hati pembeli
3. membelek-belek tanpa tujuan untuk membeli
4. mundar-mandir di pusat membeli belah itu
5. pegawai keselamatan berseragam dengan baton di pinggang
6. lengang dan sepi tanpa pengunjung
7. penuh-sesak sehingga berlanggar siku dan bahu
8. tawaran diskaun memancing pembeli
9. pengumuman dari alat pembesar suara


STESYEN BAS

10. melambai untuk menahan bas SBS bernombor 186


SENYUMAN

1. Senyumannya melapangkan dada lantas mendamaikan jiwa
2. Senyuman mengusik jiwa

3. Senyumannya bermain di bibirnya



PAKAIAN

1 Pakaian mereka terkoyak koyak dan terjurai-jurai menyapu tanah
2 Setakat secarik kain yang sudah lusuh dan robek yang terdaya menyelimuti separuh tubuhnya
3 Pakaiannya tanpa seurat benang

4 Kainya bersutera emas yang bercorakkan rebung

> 510 FRASA BERBUNGA


KARANGAN : Aktiviti 2 - FRASA BERBUNGA



FRASA BERBUNGA

Frasa berbunga menjadikan karangan anda tambah menarik. Saksikan sendiri.

X Saya bersedih.
Kesedihan ini seakan menghiris-hiris hati saya.

X Dia gembira.
Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya.

X Ayah bimbang.
Tompok-tompok kebimbangan di wajah ayah tidak dapat disembunyikan lagi.

GAYA BAHASA

Memberi nyawa kepada objek – personifikasi

- Dilihat dari luar, orang tidak akan menyangka bahawa pada awal tahun 80-an, masih berdenyut sebuah kampung Melayu di hujung lorong itu. – Sisa, Hadijah Rahmat

- Lorong bertar sepanjang 120 meter yang diapit rumah-rumah batu gagah dan megah yang hampir semuanya dimiliki oleh orang Tionghoa disusurinya. – Sisa, Hadijah Rahmat

- Kemudian pandangannya jatuh ke sebuah sampan yang tertiarap di bawah kolong sebuah rumah di hadapannya. - Sisa, Hadijah Rahmat

- Angin pagi mencucuk dan menembusi baju Busrah yang sedang berdiri di void deck sebuah rumah pangsa. – Di Luar Dugaan, Masuri SN

- Cinta membunuh daya hidup abang. – Nostalgia Yang Hilang, Mohamed Latiff Mohamed

- Kami pulang ke Marsiling dengan wajah abang bermain-main di anak mata. – Nostalgia Yang Hilang, Mohamed Latiff Mohamed

- Aku turut terharu mendengar keluhan ibu, kesedihan hati ibu menusuk halus ke jiwaku. – Surah Yasin, Setitik Kasih dan Sebuah Pemergian, Peter Augustine Goh

- Kelembutan angin pagi perlahan-lahan menerjah ke muka Tok Penghulu. – Pintu, Muhd Salihin Sulaiman

- Lumut-lumut hijau yang menyerapi muka tembok itu berwajah lapuk. – Pintu, Muhd Salihin Sulaiman

- Wajah Bahaman yang tenang dan senyum itu memercikkan perasaan syukurnya bahawa temannya itu seolah-olah telah mendapat keredaan Allah. – Bila Maut Menjemput, Sulaiman Jeem

- Perasaan pilu dan sedih kian mencengkam. – Bila Maut Menjemput, Sulaiman Jeem

- Kehibaan menyusupi dadanya. – Madrasah, Johar Buang

- Tajam mata Anuar menikam wajah Pak Majid. – Madrasah, Johar Buang

- Cahaya matahari telah menggigit kulit-kulit kami yang terdedah. – Mana Azah Hilang, Suratman Markasan

- Dadah heroin yang sedang berpesta dalam urat sarafku menelan keupayaanku untuk bangun membela diri. - Maafkan Anan, R.Azmann A. Rahman

- Kesunyian malam mencengkam perasaan – Maafkan Anan, R.Azmann A. Rahman

- Senyap sunyi bilik kecemasan itu dicarik oleh deringan telefon yang bertalu-talu. – Kerusi Roda Fadhli, Rudy Herman Sinen

- Sinaran mentari pagi langsung menyerbu masuk. Pemandangan pagi yang disulami kabus sangat menghiburkan hatinya. – Kerusi Roda Fadhli, Rudy Herman Sinen

- Cahaya mentari mula menarikkan dirinya dan ruang tamu beransur kelam. – Kerusi Roda Fadhli, Rudy Herman Sinen


Metafora – bahasa kiasan yg menyatakan sesuatu dgn menyebut sesuatu yang lain...perbandingan sesuatu objek atau abstraksi dengan sifat objek lain dengan menganggap objek kedua mempunyai unsur seiras dengan objek pertama.(abg harimau)

- Apa yang jelas ialah berita itu bagaikan petir tunggal yang memantak lubang telingaku. - Surah Yasin, Setitik Kasih dan Sebuah Pemergian, Peter Augustine Goh

- Aku yakin begitulah gelombang perasaan ibu yang berdebur keras di pantai hatinya yang mudah tersentuh. - Surah Yasin, Setitik Kasih dan Sebuah Pemergian, Peter Augustine Goh

- Wajahnya benar-benar muram, semuram mendung. - Surah Yasin, Setitik Kasih dan Sebuah Pemergian, Peter Augustine Goh

- Tinggallah Iman termangu-mangu macam burung hantu. – Selendang, Isa Kamari

- Keputusan itu bagaikan satu tumbukan yang amat kuat ke dadanya. Bergegar seluruh batinnya. – Madrasah, Johar Buang

- Tidak ada jawapan, tetapi suara menggema seperti kumbang mengisi ruang udara. – Mana Azah Hilang, Suratman Markasan

- Kali ini emak betul-betul seperti seekor harimau kelaparan. – Maafkan Anan, R.Azmann A. Rahman

• Meletakkan sesuatu abstraksi di tempat yang sesuai dengan sebuah objek (secangkir waktu)

- Aku yakin begitulah gelombang perasaan ibu yang berdebur keras di pantai hatinya yang mudah tersentuh. - Surah Yasin, Setitik Kasih dan Sebuah Pemergian, Peter Augustine Goh

- Menghirup udara segar, wajah alam dan senandung serangga riang-riang dan cengkerik yang diselangi kokok ayam jantan, yang sudah beberapa bulan tidak dinikmatinya. - Sisa, Hadijah Rahmat

- Dari celah-celah anak rambut gadis itu tampak oleh Salam peluh mengalir akibat bakaran sinar. – Engkau Tidak Tahu, Muhammad Ariff Ahmad

- Semasa abang di perut kapal terbang, aku merasakan abang masih kehilangan sesuatu yang entah apa. – Nostalgia Yang Hilang, Mohamed Latiff Mohamed

- Selepas mengharungi lautan manusia yang begitu banyak dan tidak berhasil menemui mama Azah. – Mana Azah Hilang, Suratman Markasan

Sinekdoki – menyebut sebahagian untuk keseluruhan, si tahi lalat, tujuh mulut yang nak disuap.


- Kojek menyuruh kakinya beredar segera. – Sulaiman Slyman

Manipulasi bahasa – penggunaan bahasa secara kreatif

- Rumah-rumah kayu berbumbung zink yang dipayungi pohon-pohon hijau yang rimbun, dicelahi pokok-pokok nyiur yang menjulang awan, melentok dan melambai tenang seperti dahulu. - Sisa, Hadijah Rahmat

- Menghirup udara segar, wajah alam dan senandung serangga riang-riang dan cengkerik yang diselangi kokok ayam jantan, yang sudah beberapa bulan tidak dinikmatinya. - Sisa, Hadijah Rahmat

- Alangkah malangnya nasib abang. Pinangan ditolak. Abang rasa langit menimpa kepalanya. Abang rasa bumi berputar menelan badannya. Pandangan abang seolah-olah dibaluti awam hitam pekat. – Nostalgia Yang Hilang, Mohamed Latiff Mohamed

- Rumput-rampai kini tumbuh melata di kaki tembok itu. Daun semalu dan urang-aring setinggi lutut masih berdiri tegak di kakinya. Lumut-lumut hijau yang menyerapi muka tembok itu berwajah lapuk. – Pintu, Muhd Salihin Sulaiman

- Ustaz Mail terus meninjau madrasah yang mempunyai tiga ruang bilik darjah itu. Setiap penjuru direnungnya. Diperhatikannya zink yang mengatapi bumbung. Ada bahagian-bahagiannya yang kelihatan karat dan rapuh. Kalau hujan, seringkali berlaku kebocoran. – Madrasah, Johar Buang

- Bukan main lapang dadaku. Seluruh urat anggota yang kejang sudah mula teratur kembali apabila kami dapat turun dari bas yang begitu padat. – Mana Azah Hilang, Suratman Markasan


KARANGAN : Aktiviti 1 - PEMBETULAN


BAHASA MELAYU : KARANGAN
TEMA : PENGORBANAN

Jam pada dinding menunjukkan pukul sembiolan malam. Aku menjengukkan kepala melalui tingkap apabila mendengar enjin sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. Aku membuka pintu dan mendapati dua orang pegawai polis berpakaian segak berbual dengan kedua orang tuaku. Aku mula mendekati mereka dengan hati yang takut. Belum sempat aku menanya kepada orang tuaku, ibuku rempuh dihadapanku. Aku bergegas ke ibuku. Ayah pula sedang mengelap air matanya apabila melihat aku dihadapanya. Aku menanya ayahku namun dia hanya dapat menggelengkan kepalanya. Aku mula curiga lalu memberanikan diri untuk menanyakan kepada pegawai polis tersebut. Apabila aku mendengar jawapannya, aku juga terduduk kaku dihadapannya.

Aku mendengar tapak kaki adik-beradikku turun dari kamar mereka seperti gajah sedang berlari. Abang menuju ke arah ibuku dan kakak menuju ke arahku. Mereka membawa ibu ke rumah. Pegawai polis itu beredar dengan mengucapkan terima kasih. Kakak dna abang membawaku ke dalam rumah sambil tanganku menggeletar. Mukaku kelihatan pucat seperti mayat. Ayah menceritakan kepada adik beradikku tentang perkara tersebut. Ayah memberitahuku bahawa kakak ketigaku telah dimasukkan penjara disebabkan menjual dada. Semakin ayahku menceritakkan perkara tersebut, hatiku semakin cepat berdegap degup dan semakin kuat kakak pertamaku menangis.

Keesokan harinya aku dan keluarga pergi ke tempat yang diberikan oleh kedua pegawai polis itu semalam. Pada mulanya, aku tidak mahu pergi ketem pat itu, namun dengan pujukkan abang-abangku, aku memberanikan diri. Apabila tiba di bilik kakakku duduk, aku dapat melihat mukanya amat kecewa. Dia juga mula mengalir air mata apabila ibu memeluk beliau. Selepas beberapa minit diberikan oleh pegawai polis untuk berbual dengan kakaku, kami terpaksa keluar dari bilik tersebut. Namun, kakak meminta izin untuk berbual dengan diriku sekejap sahaja. Pegawai memberi kami lima minit sahaja. Aku menengok ke arah lantai sambil berbual dengan kakakku. Kakaku memberitahu aku bahawa dia terpaksa membuat demikian disebabkan ingin wang untuk rawatan bara hatinya. Aku amat terkejut dan marah terhadapnya kerana tidak memberi tahu kepada kedia ibu bapaku. Dia memberitahu bahawa dia tidak mahu menyusahkan keluarganya dan ingin mencari wang sendiri. Dia Cuma memberitahu kepada abang Ridwan iaitu kekasihnya tentang penyakit tersebut. Aku amat marah kerana abang Ridwan memutuskan percintaanya disebabkan keluarga dan dirinya malu untuk mempunyai kekasih dan menantu seperti kakak. Kakak membuat perkara tersebut seperti menjual dada disebabkan hendak mencari duit. Belum sepat kakak menceritakan sehingga habis, waktu sudah pun habis. Aku memeluk kakakku sambil memberitahu bahawa aku akan menolongnya.

Apabila aku tiba di rumah, aku terus masuk ke dalam lamarku. Aku memikir bagaimana untuk menolong kakakku. Aku dengan memberanikan diri mengambil pisau dan masukkan ke dalam begku. Aku keluar dari rumah dengan mukaku yang amat bengis bak kata pepatah harimau beranak muda, tanpa melihat keluargaku yang sedang duduk di ruang tamu. Aku menaiki teksi menuju ke arah rumah abang Ridwan. Apabila tida di sana kelihatan banyak kasut di luar rumahnya. Aku memberik salam lalu masuk ke dalam rumah tanpa memberi senyuman. Ibu kepada Abang Ridwan memekik kepada diriku untuk keluar dari rumahnya. Dia memberitahu bahawa abang Ridwan akan kahwin tidak lama lagi dengan kawan dulunya, Ilya. Keluarga abang Ridwan mancaci tentang keluarga dan terutama sekali kakakku. Air mataku mula mengalir dan aku amat geram dan mula memekik ke arah abang Ridwan dan keluarganya. Aku memberitahu mereka bahawa jika mereka tidak mahu menolong kakakku, aku yang akan menolong. Sebelum aku mengeluarkan pisau di dalam begku aku mengeluarkan telefon bimbitku dari saku seluarku. Aku menghantar mesej kepada kakak pertama ku dengan memberitahu “Selamat Tinggal”. Aku dengan berat hati mengeluarkan pisau dan membunuh diri dengan menocot selama tiga kali. Kelihatan muka orang di dalam rumah itu tekejut.

Mereka bergegas membawa diri aku ke hospital. Namun, disebabkan terlambat aku tidak dapat diselamatkan. Walaupun aku kesian akan keluargaku, namun aku terpaksa melakukan perkara tersebut. Hatiku telah diberikan kepada kakak. Kini aku telah meninggalkan mereka selama satu tahun. Walaupun keluargaku sedih akan kehilanganku, mereka reda akan kepergianku. Kakakku telah selamat membuat operastion, dan kini dia sudah bertunang dengan seorang lelaki yang penyanyang bak kata pepatah, labah-labah cintakan pada telurnya, dan kakakku sering mengucapkan terima kasih dengan sering mendoakan diriku ini.


Wednesday, August 18, 2010

TAHNIAH YCK !!!


PELAJAR CEMERLANG (DISTINCTION)
GCE PERINGKAT BIASA PERTENGAHAN TAHUN 2010
BAHASA MELAYU

01. NUR ATIKAH BTE MOHAMED YUSOFF
02. NUR AZLINA BTE ABDUL SALIM

03. SITI FATIMAH ZAHRAA BTE NASIB
04. NOORHASMIDA BTE KHAIRUDDIN
05. SITI AMIRATUL RAUDAH BTE MOHD
06. MOHAMMAD SHYAIFUDDIN B SUHIMI

07. MOHAMMED RAMDHAN B ROSELAN P
08. KINTAN ANDANARI
09. MUSTIKA INDAH KHIIRINA
10. HAMKA B ABDUL HAMID
11. VERONIKA

# KEPUTUSAN PELAJAR ML YCK 37% BERBANDING NATIONAL 22%


Tuesday, July 27, 2010

MEMORI NDP YCK






Pada tahun ini saya telah terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP). Saya amat bangga sekali kerana ini kali pertama saya terlibat apabila sekolah saya Sekolah Menengah Yio Chu Kang terpilih untuk persembahan Hari Kebangsaan ke 45.

Pada tahun-tahun sebelumnya saya hanya menonton melalui kaca televisyen tetapi tahun ini para penonton pula akan menyaksikan persembahan kami secara langsung di Padang.

Latihan-latihan yang kami lalui memang susah dan meletihkan terutama ketika cuaca panas. Tetapi, lama-kelamaan kami sudah terbiasa dengan routin yang dilalui selama tiga bulan, seperti kata peribahasa alah bisa tegal dek biasa.

Pada mulanya kami berlatih di sekolah. Pada masa itulah kami mempelajari langkah tarinya. Selepas itu kami ke Kem Kranji untuk menyusun formasi tarian. Akhirnya kami mengadakan latihan lengkap di Padang setiap hari Sabtu bermula dari pukul 1 petang dan berakhir pada pukul 10 atau 11 malam.

Yang seronoknya pada masa rehat setiap latihan kami dijamu dengan pelbagai makanan yang menyelerakan. Hidangan piza dari Pizza Hut; ayam goreng, burger dari KFC; menjadi santapan kami yang disediakan oleh pihak penganjur selain hidangan yang dipesan dari Old Chang Kee.

Pakaiannya sungguh ringkas. Warnakan mengikut bendera Singapura; merah dan putih. Jaketrnya juga mempunyai dua warna. Di dalamnya merah dan di luarnya putih. Kami harus menukarnya mengikut segmen tarian dalam masa 24 saat. Pada waktu malam jaket putih kami akan bercaya apabila disuluhi lampu.

Para pelajar yang terlibat terdiri dari menengah satu hingga menengah tiga yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warga negara dari Korea, Indonesia, Filipina, China dan Malaysia. Kami bersama meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke 45.

Pada 9 Ogos saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan mengharapkan para penonton terhibur dengan persembahan kami. Ini adalah sebuah memori yang akan saya kenang sepanjang hidup saya.

Disiarkan Di Majalah Berita Harian - Isnin 26 Julai 2010

Karya : Yasmin Nabilah Bte Mohamed
Sekolah Menengah Yio Chu Kang
Menengah 2

Thursday, July 22, 2010

VODCAST TRoli


Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa sekolah Yio Chu Kang telah berjaya menjadi naib juara dalam peraduan VODCAST yang dianjurkan oleh MOE bersempena dengan Bulan Bahasa 2010. Sebanyak 100 buah sekolah yang menyertainya yang terbahagi kepada peringkat rendah, menengah dan maktab rendah.

Kriteria utama VODCAST ini ialah penggunaannya dalam pembelajaran. Tiga orang pelajar yang terlibat dalam pembikinan VODCAST yang dibimbing oleh Cikgu Hamidah dan Cikgu Siti Aisha. Pelajar-pelajar tersebut :

1)1) NURUL SYAFFIQAH BTE AHMAD S (2E2)
2)2) MUHAMMAD NOR SYAHIRAN B AHMAD (3A2)
3)3) HASHNUL ARLRYAL B MOHAMED HASSAN (3A2)

Tahniah kepada semua yang terlibat. Yio Chu Kang BOLEH!


Monday, January 11, 2010

TaHNiaH Pelajar BM YCK


Tahun Ini (2010) Para Pelajar Yang Mengambil Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua (2009) Telah Mencapai Keputusan Cemerlang Apabila Diumumkan Keputusan GCE O Hari Ini.

Selain Mengekalkan Keputusan 100% Lulus, Sekolah Menengah Yio Chu Kang Mencapai Keputusan 53.3% Distinctions (A1 & A2) !!

01 NUR AFIQAH BTE IBRAHIM
02 SITI MARIAM BTE SHARIFFUDIN
03 SITI ZUHAIRAH BINTE ZULKIFLI
04 MUHAMAD AR RASYHID B ZULKIFLI
05 NUR BADARIAH BTE ABU BAKAR
06 SITI FARLIZA BTE SABERIN
07 MUHAMMAD FAREEZ HEDIR SHAH B F
08 SITI NABILAH BTE KASMUNI
09 IRNA ASYIKIN BTE OSMAN

Tahniah !! Tahniah !! Tahniah !!

Daripada : Guru-Guru BM YCK