Wednesday, November 04, 2009

Monday, October 12, 2009

Antologi RONA



12 Okt 2009

EKSTRA! - SEKOLAH SANA SINI
'Memancing' pelajar baca dan tulis

Oleh : Norini Mohd Nizan
Pelajar Sekolah Menengah Yio Chu Kang

SEBUT sahaja Rona, akan terbayang di fikiran pencinta sastera akan karya Cikgu Ishak Latiff.

Antologi cerpennya yang diterbitkan beberapa bulan lalu, mengandungi 12 cerpen yang menarik termasuk Nasi Ambeng, Anak Jin Syamsudin, Bai'ah dan 916. Setiap naskhah dijual dengan harga $15.

Baru-baru ini, kami bertuah sebab Cikgu Ishak, yang kini mengajar di Sekolah Seni Singapura (Sota), telah diundang untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalamannya dengan kami di Sekolah Menengah Yio Chu Kang.

Beliau yang pernah memenangi Anugerah Persuratan 2007 melalui buku pertamanya, Saga, telah berkongsi pengalamannya mengarang dan memberi beberapa tip menulis untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun.

Menurut Cikgu Ishak, bukan semua cerpen yang dikarangnya tiada kaitan dengan kehidupan hariannya dan jika sesebuah cerpen itu berkaitan dengan hidupnya, beliau akan cuba mengolah cerita itu menjadi lebih menarik.

Beliau juga berpendapat untuk menjadi pengarang yang baik, kita harus banyak membaca buku untuk mendapatkan idea-idea bagi cerita yang akan dihasilkan.

Nicole Arletha, salah seorang pelajar menengah satu yang menghadiri 'Sesi Bertemu Penulis' ini memberitahu saya, dia telah membaca cerpen Enam Jam, karya Cikgu Ishak, sebanyak empat kali. Menurut Nicole cerpen itu sungguh mengasyikkan dan penuh misteri.

Bagi Muhd Nasrullah dan Ahmad Fikri pula, mereka begitu seronok membaca cerpen Kawan Maman yang berunsurkan kisah seram.

Bahasa dan jalan ceritanya mudah difahami. Buku ini, jelas mereka, telah merangsang minat mereka untuk membaca buku-buku Melayu dan menulis secara kreatif dengan kaedah berfikir di luar kekotak minda.

Dian Azrinda, pelajar menengah tiga dan Regan Haliman, pelajar menengah dua pula tertarik dengan keramahan dan teknik penyampaian Cikgu Ishak, yang berjaya menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan pelajar memandangkan sesi itu diadakan selepas waktu persekolahan.

Dia, bahkan, menyarankan agar diadakan sesi sedemikian lagi pada masa hadapan untuk merangsang minat membaca pelajar terhadap buku-buku Melayu karya penulis Singapura.

Sasterawan, Djamal Tukimin, dalam kata pengantarnya, turut memberi ulasan bahawa cerpen-cerpen dalam antologi Rona, boleh dipanjangkan menjadi sebuah sinetron kerana banyak unsur-unsur peristiwa dramatik yang sesuai diterapkan untuk dijadikan sebuah drama televisyen.

Pendek kata, 'Sesi Bertemu Penulis' yang dihadiri seramai 30 pelajar telah membuka mata kami tentang kehadiran buku-buku Melayu, yang dihasilkan penulis Singapura.

Oleh kerana terpesona membaca antologi Rona, dua teman saya, Liyana Atiqah dan Muhd Syafiq telah menempah buku ketiga Cikgu Ishak yang bertajuk HP, awal-awal lagi.

Buku itu dijangka diterbitkan tahun hadapan.

# cyBerita : Berita Harian Online

Wednesday, September 02, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Friday, March 13, 2009

Friday, March 06, 2009

PeMenang 1 EkSpreS 2009



JUARA : NUR ASYIQIN BTE SUHAIMI (103)

PEMENANG KEDUA :
AHMAD FIKRI B AHMAD FAHMI (102)

PEMENANG KETIGA :
MOHAMED MIRZA B ABDUL WAHID (101)

PeMenang 1 NorMal 2009



JUARA : NORISKANDAR B SATIMI (111)

PEMENANG KEDUA :
NOREYSHAHFITRI BTE ROSELI (111)

PEMENANG KETIGA :
SITI NUR SYAKILLA BINTE RAMLAN (112)

Saturday, February 28, 2009

Surat Buat Temanku



Norini Mohd. Nizan
Blk 57 Geylang Bahru
#04-3483
Singapura 330057

18 Februari 2009

Menemui
Saudara Sazali
Dengan selamatnya,

Saudara

Saya telah pergi ke Brunei Darrussalam pada tahun lepas bersama teman-teman dan guru sekolah saya. Pengetua sekolah saya juga turut ikut sama ke Brunei. Kami pergi pada penggal terakhir sekolah. Sesampainya kami tiba di lapangan terbang negara Brunei Darrussalam, ibu bapa kami dihubungi untuk memberitahu bahawa kami telah selamat tiba di negara tersebut.

Di lapangan negara Brunei Darrussalam, kami disambut oleh orang Brunei dengan meriah. Saya amat terharu dengan sambutan mereka. Setelah itu, kami menuju ke tempat penginapan kami yang bernama Holiday Lodge. Setelah kami memasuki hotel, kami beristirahat semalaman di dalam bilik.

Esok pagi, kami menuju ke sebuah sekolah yang bernama Sekolah Rendah Rimba 2. Setelah kami melawat Sekolah Rendah Rimba 2 dan melakukan aktiviti bersama mereka, kami menuju ke sebuah kilang. Kilang Sago terletak agak berjauhan dari Bandar Brunei Dararussalam. Setibanya kami di sana, kami dapat mengupas kulit kayu balak dengan sebuah besi yang amat berat sekali. Saya hanya dapat mengupas kulit kayu balak itu sedikit demi sedikit.

Setelah mengupas kulit kayu balak, mereka menunjukkan cara untuk menghaluskan kayu balak itu kepada kepada kami. Setelah menunjukkan cara itu, mereka mengeluarkan sebatang kayu balak yang busuk. Ketika mereka hendak memotong kayu balak yang busuk itu, guru-guru kami sudah mengeluarkan sehelai tisu dan menutup hidung mereka kerana bau busuknya amat kuat.

Apabila dipotong, terdapat banyak ulat yang gemuk di dalamnya. Orang itu memberitahu kami bahawa ulat-ulat itu mengandungi banyak protein. Ulat-ulat itu boleh dimakan mentah-mentah atau digoreng. Tidak seorang pun daripada teman-teman saya yang berani memakan ulat-ulat itu mentah-mentah. Tetapi, apabila ulat-ulat itu digoreng, kebanyakan dari teman-teman saya ingin merasanya.

Kebanyakan dari teman-teman lelaki saya memakan ulat-ulat itu dan mereka mengambil kesempatan itu untuk menakut-takutkan teman-teman wanita saya termasuk saya juga.

Lawatan ini amat menghiburkan hati saya. Maaf saya terlalu asyik menceritakan pengalaman saya di Brunei sehingga saya tidak sempat untuk bertanya tentang percutian kamu. Saya harap, kamu mengalami percutian yang menghiburkan hati kamu lagi indah.

Yang benar,

Norini Bte Mohammad Nizan (102)

Friday, February 27, 2009

KiSah HiDupku



Inilah kisah hidupku . . .

Aku adalah seekor haiwan betina yang gemuk dan montel. Aku dipelihara oleh seorang penternak yang bernama, Ah Beng. Antara ratusan ternakannya, akulah yang amat disayanginya. Sayangnya makanan aku setiap hari ialah nasi busuk. Aku ditempatkan di kandang yang lecak dan berhimpit-himpit dengan teman-temanku yang lain. Badanku sentiasa berbau busuk kerana tidak pernah dimandikan.

Aku bernasib baik, tidak seperti kawanku, dijual oleh tuanku di pasar dan yang paling menyedihkan, keluarga tuanku suka akan hidangan masakan ‘khinzir ponteh’. Itulah nasib sebahagian teman-temanku.

Walaupun aku disayangi tuanku, tetapi diriku tidak disukai malah dibenci oleh orang islam. Aku tidak menyalahkan mereka kerana agama mereka mengharamkan memakan dagingku dan menyentuh kami.

Aku juga mendapat tahu mengenai satu kajian di mana walaupun dagingku direbus sehingga 100 darjah C, kuman yang berada di tubuhku tidak akan mati! Mungkin itulah sebabnya dilarang oleh agama mereka.

Aku harus terima hakikat hidupku ini. Itulah kehidupan aku sebagai seekor haiwan yang diharamkan pada orang Islam.

Tiada siapapun berasa sedih mendengar cerita aku ini. Manusia hanya mementingkan diri daripada mengambil tahu perasaan kami.

NUR ASYIQIN BTE SUHAIMI - 103

Saturday, February 21, 2009

DiSerang Haiwan 1



Jam sudah menunjukkan pada pukul 2 petang. Sementara menunggu ketibaan kawan-kawan di kafe yang menghidangkan sate arnab, aku melelapkan mataku ini.

Tiba-tiba aku terdengar suara yang seakan halilintar memanggilku. Aku membuka mataku dengan perlahan-lahan. Alangkah, terperanjatnya apabila aku terlihat seekor arnab yang besar di hadapanku.

Aku berasa ketakutan yang teramat sangat dan tidak tahu di mana aku berada. Aku dapat rasakan titisan air mata mula mengalir di pipiku. Arnab itu mula bertanya tentang diriku.

Aku menjawab soalannya dengan tergagap-gagap sambil memegang erat jari-jemariku. Rupanya arnab itu cuma mengharap pertolongan daripadaku. Arnab itu menyuruh aku menolongnya mencarikan adik–beradik yang lain.

Kini aku berada di kawasan belukar di sebuah bukit. Kami masuk ke setiap lubang yang terdapat di situ. Akhirnya kami berjaya menemui adik–beradik arnab itu yang bersembunyi daripada ditangkap oleh pemburu. Arnab itu mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sudi menolongnya.

Tiba-tiba aku berasa tangan kananku berasa sakit. Aku membuka mata dan mendapati bahawa kawan-kawanku berada di hadapan sambil mencubit lenganku. Aduh!

Aku kebingungan. Mataku terkebil-kebil. Bekas air mataku masih di pipiku dan terdapat bulu arnab terlekat di seluarku! Tiba-tba mataku terpaku pada poster sate arnab!

Oleh : NURULFAJRIYAH BTE MOHD IDRIS (111)

DiSerang Haiwan 2



Kuning, Kuning kamu sihat?” jerit aku ke arah sebuah sangkar. Kuning adalah peliharaan yang amataku sayangi. Aku terpaut pada matanya yang kehijauan. Sebelum aku ke sekolah aku terlebih dahulu memberinya makan dan minum seperti biasa.

Suatu hati setelah pulang sekolah, aku dapati dia tidak mahu makan tetapi menatap aku dengan matanya yang tajam. Tiba-tiba aku terlena di depan sangkar Kuning.

Bila aku bangun daripada lenaku, aku berada di tempat yang tidak pernah aku jejaki. Tiba-tiba aku terlihat Kuning sedang menghampiriku. Aku cuba mendakapnya tetapi tidak berjaya. Semakin Kuning menghampirku dia semakin membesar. Aku berasa takut!

Kuning, tolong aku!” kata aku padanya. “Buat apa aku menolong kamu yang tidak mempunyai hati perut!” jawab Kuning. “Tetapi, mengapa? Aku sudah memberi kau makanan, minuman dan menjaga engkau dengan baik” balas aku.

“Aku ingin hidup bebas. Bebas! Aku tidak ingin dikurung!” jeritnya. Selepas Kuning berkata itu aku baru sedar bahawa aku kini terkurung di dalam sangkar!

“Baiklah aku akan membebaskan engkau seperti haiwan yang lain asalkan engkau membebaskan aku dan pintu rumah aku akan selalu terbuka untuk kau” kataku kepada Kuning.

“Aku setuju, jika kau tidak melepaskan aku, aku akan bunuh kau ataupun mengurung kau, ingat!” kata Kuning dengan tegas.

Beberapa saat kemudian aku sudah berada dalam rumahku. Oleh kerana rasa takut aku cepat-cepat melepaskan Kuning dari sangkarnya dan membiarkannya berjalan keluar dari rumahku. Sejak itu aku tidak lagi melihat Kuning! Kuning mahu hidup bebas!

Oleh : Siti Fadillah Binte Basir (111)

DiSerang Haiwan 3



“Aaah!!” Aku menjerit ketakutan. Aku ditawan oleh sekumpulan haiwan seperti arnab, kucing, tikus yang besar lagi raksasa. Aku berasa diriku sungguh kecil dan akan dimakan oleh haiwan-haiwan itu hidup-hidup. Mereka mengerumuni aku dan melihat aku dengan bengis. Mereka mendekati aku dan aku cuba melepaskan diri tetapi gagal!

Seekor arnab mendekati aku dan berkata, “Kami hendak memakan kau kerana kau telah menyiksa aku dan sekarang aku ingin makan kau sebagai balasan!”

“Tidak!!! Aku tidak menyiksa kau, aku telah menjaga kau dengan baik dan rapi. Kau tahu manusia suka pelihara haiwan. Mana mungkin manusia hendak menyiksa haiwan. Dan manusia itu ialah aku!!!” Aku meluahkan kata hatiku yang terpendam di dalam hatiku.

Haiwan-haiwan itu terperanjat mendengar kata-kataku tetapi mereka tidak peduli dan membuat keputusan untuk tetap makanku. Kesemuanya membuka mulut mereka luas-luas dan kelihatan gigi dan taring mereka yang tajam!

Aku menjerit sekuat hatiku dan akhirnya, “BANG!!!” Tubuhku berpeluh dan ibu terperanjat kerana aku jatuh dari sofa. Aku melihat ke arah sangkar arnabku di balkoni. Arnabku sedang tidur lena!

Oleh : Noreyshahfitri bte Roseli (111)

DiSerang Haiwan 4



Aku bosan. Aku menjenguk gambar-gambar yang disimpan. Aku ternampak gambar keluarga dan gambar ikan betukku. Gambar ikan betukku sangat istimewa kerana dahulu aku telah memeliharanya sejak umurku lima tahun hingga sebelas tahun. Aku selalu memberinya cicak, lipas, roti dan lain-lain. Kini, oleh kerana ia sudah mati, aku telah membuangnya ke dalam sebuah longkang.

“Di mana aku ini?”, aku cuba mencari jawapan. Rupa-rupanya, aku berada di dalam air yang sangat kotor. “Air?” aku bertanya diriku. Aku cuba berenang ke permukaan air. Tiba-tiba, seekor ikan berenang ke arahku. Kemudian ia bersuara, “Kau sekarang berada di dalam tangkiku yang sangat kotor dan berbau busuk. Dahulu, engkau telah mencampakkan cicak dan lipas di dalam tangkiku sehingga airnya menjadi kotor.”

“Ikan betukku? Dahulu, aku mencampak cicak dan lipas kerana aku selalu terjumpanya di dalam bilik. Aku tiada makanan untuk diberi kepada engkau selain cicak dan lipas yang aku jumpa”, jawabku. Kemudian ia berkata, “Oh, begitu ya!”

Kemudian, ikan betukku membuka mulutunya dan cuba untuk memakanku. Aku memekik meminta tolong. Mengapa ikan betukku mahu memakanku? Adakah aku kejam kerana memberinya cicak dan lipas dan tidak mencuci tangkinya? Adakah ikan betukku itu telah benar-benar mati sebelum aku mencampaknya ke dalam longkang? Kesemua soalan-soalan itu bertubi-tubi masuk di fikiranku!

Oleh : Ahman Amran B Mashure (111)

Saturday, January 10, 2009

AzaM BaRu


SelaMat KeMBali Ke SeKolah 2009

KepaDa PaRa PelajaR :

MenenGah 1 : SelaMat DatanG Ke Yio Chu Kang
MenenGah 2 - 5 : SelaMat BelajaR DenGan SeManGat Baru

DaRipaDa :

Cg HamiDah (GuRu KaNan BahaSa IbunDa)
Cg Siti Aishah, Cg Jamal IskanDar & Cg Abd KaDir