Saturday, March 15, 2008

KeANGKUHan



Singapura dikatakan sebagai negera yang aman, rakyat yang bersifat pengasih dan tidak membezakan rakyat yang lain berdasarkan kaum, warna kulit atau kepercayaan agama.

Sekuriti negera ini juga amat stabil ke tahap yang membanggakan; ada pula yang berkata bahawa jikalau seorang itu mengambil angin di kolong blok pada pukul dua pagi sekalipun, tiada orang yang ingin mengganggunya kecuali mahkluk-mahkluk halus yang ingin berkawan dengannya.

Oleh kerana Singapura mempunyai pasukan polis yang terbaik di dunia, rakyatnya dapat tidur dengan nyenyak tanpa khuatirkan gelang-gelang emas mereka yang ditinggalkan secara tidak sengaja di ruang tamu.

Tetapi, tahap sekuriti yang setinggi langit turut melibatkan pemeriksaan imigerasi dan kastam di sempadan sehingga ayahku sendiri boleh meradang kerana perkara-perkara kecil dianggapkan sebagai suatu ancaman.

Oleh itu, setiap kenderaan yang melangkah masuk ke Singapura diperiksa dengan rapi; malah, proses itu memakan masa selama 15 minit untuk sebuah kereta yang mengandungi hanya 2 orang sahaja.

Ayahku pun hilang sabar. “Sudahlah itu, yang engkau pegang itu pasport dia kenapa, yang lagi satu pasport mana? Terhegeh-hegeh macam siput! Cepatlah!!!”

Setelah lima minit kemudian, kami masih di tempat yang sama. Aku hanya mampu mengeluh dalam diam apabila ayahku mula hilang kesabarannya.

Oleh kerana negera kita mempunyai pegawai polis yang terbaik, negara Indonesia telah menyerahkan tahanan ketua Jemaah Islamiyah, Mas Selamat bin Kastari, kepada kita.

Walau bagaimanapun, kira-kira dua tahun selepas dia ditahan, Mas Selamat berjaya melepaskan diri daripada Pusat Tahanan yang terletak di Whitley Road.

Pegawai gurka yang sepatutnya menjaga tempat itu lalai dan memberi Mas Selamat peluang untuk melarikan diri.

Soalannya pula mengapa boleh terjadi?

Jawapannya memang sulit, tetapi ia boleh dikatakan yang pegawai itu terlalu percaya kepada Mas Selamat. Daripada kepercayaan, sifat leka boleh terjadi. Agaknya dia memikir yang sesiapa di dalam tahanan tidak mampu melepaskan diri.

Oleh kerana itu, dia mula leka dan bangga yang pegawai mereka akan berjaya menangkap sesiapa sahaja yang berani melepaskan diri, tidak kira berapa licik si banduan tersebut.

Dari kejadian ini, kita boleh buat kesimpulan yang kebanggaan adalah sebab utama masalah tersebut.

Keegoan pihak atasan polis tidak berhenti di situ sahaja. Walaupun pengeledahan di hutan adalah salah satu daripada usaha untuk mencari Mas Selamat, pegawai-pegawai polis bawahan dipaksa bekerja seperti jentera.

Suratkhabar yang kita baca hampir setiap hari memaparkan lelaki-lelaki ‘kacak’ yang bersenjata, dilengkapi dengan pakaian seragam menjelajah setiap hutan dan jalan raya untuk mancari banduan tersebut.

Jumlah pegawai polis yang sudah ramai ditambahkan dengan jejeka-jejaka yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara; mereka bertugas selama 14 hingga 24 jam sehari dan harus kembali keesokan harinya untuk menyambung tugas mereka semula, kecuali yang telah bertugas selama 24 jam.

Walupun tugasan yang sepanjang hari itu tidak dapat dielakkan, mereka yang berjawatan tinggi masih berpeluang untuk keluar makan bersama kawan-kawan mereka, tetapi yang berjawatan rendah terpaksa berjaga di tengah malam dan berkawan dengan makhluk halus.

Jadi, pihak atasan itu bertugas kerana nama, duit atau untuk negara?

Malah, Pengarah Operasi Polis, Penolong Pesuruhjaya Polis (AC), Wong Hing Kuan, berkata yang dia percayai bahawa Mas Selamat masih berada di Singapura. (Berita Harian, Selasa, 11 Mac 2008)

Adakah orang-orang atasan Singapura ini masih bertegas yang Mas Selamat tetap di negera ini ataupun terlalu bongkak untuk menafikan yang dia telah melarikan diri daripada ‘Pasukan Polis Yang Terbaik Di Dunia’ dan sedang berada di negara lain?

Sebelum kejadian ini, ramai warga Singapura telah memberi pandangan yang orang-orang atasan inilah yang terlalu angkuh dengan jawatan mereka melalui animasi-animasi kelakar mahupun kesat di lelaman ‘youtube’.

Jikalau mereka tidak menghiraukan komen-komen tersebut dan meredakan kebongkakan mereka yang setinggi langit, situasi ini dapat dielakkan.

Sebagai penutup, sifat riak dan bongkak pihak atasan boleh menjejas prestasi yang terbaik sekalipun.

Oleh :
Nurfateen Syafawani Binte Abdul Samad - Kelas 403
Sekolah Menengah Yio Chu Kang

13 Mac 2008