Saturday, February 28, 2009

Surat Buat Temanku



Norini Mohd. Nizan
Blk 57 Geylang Bahru
#04-3483
Singapura 330057

18 Februari 2009

Menemui
Saudara Sazali
Dengan selamatnya,

Saudara

Saya telah pergi ke Brunei Darrussalam pada tahun lepas bersama teman-teman dan guru sekolah saya. Pengetua sekolah saya juga turut ikut sama ke Brunei. Kami pergi pada penggal terakhir sekolah. Sesampainya kami tiba di lapangan terbang negara Brunei Darrussalam, ibu bapa kami dihubungi untuk memberitahu bahawa kami telah selamat tiba di negara tersebut.

Di lapangan negara Brunei Darrussalam, kami disambut oleh orang Brunei dengan meriah. Saya amat terharu dengan sambutan mereka. Setelah itu, kami menuju ke tempat penginapan kami yang bernama Holiday Lodge. Setelah kami memasuki hotel, kami beristirahat semalaman di dalam bilik.

Esok pagi, kami menuju ke sebuah sekolah yang bernama Sekolah Rendah Rimba 2. Setelah kami melawat Sekolah Rendah Rimba 2 dan melakukan aktiviti bersama mereka, kami menuju ke sebuah kilang. Kilang Sago terletak agak berjauhan dari Bandar Brunei Dararussalam. Setibanya kami di sana, kami dapat mengupas kulit kayu balak dengan sebuah besi yang amat berat sekali. Saya hanya dapat mengupas kulit kayu balak itu sedikit demi sedikit.

Setelah mengupas kulit kayu balak, mereka menunjukkan cara untuk menghaluskan kayu balak itu kepada kepada kami. Setelah menunjukkan cara itu, mereka mengeluarkan sebatang kayu balak yang busuk. Ketika mereka hendak memotong kayu balak yang busuk itu, guru-guru kami sudah mengeluarkan sehelai tisu dan menutup hidung mereka kerana bau busuknya amat kuat.

Apabila dipotong, terdapat banyak ulat yang gemuk di dalamnya. Orang itu memberitahu kami bahawa ulat-ulat itu mengandungi banyak protein. Ulat-ulat itu boleh dimakan mentah-mentah atau digoreng. Tidak seorang pun daripada teman-teman saya yang berani memakan ulat-ulat itu mentah-mentah. Tetapi, apabila ulat-ulat itu digoreng, kebanyakan dari teman-teman saya ingin merasanya.

Kebanyakan dari teman-teman lelaki saya memakan ulat-ulat itu dan mereka mengambil kesempatan itu untuk menakut-takutkan teman-teman wanita saya termasuk saya juga.

Lawatan ini amat menghiburkan hati saya. Maaf saya terlalu asyik menceritakan pengalaman saya di Brunei sehingga saya tidak sempat untuk bertanya tentang percutian kamu. Saya harap, kamu mengalami percutian yang menghiburkan hati kamu lagi indah.

Yang benar,

Norini Bte Mohammad Nizan (102)

1 comment:

Penjunjung Sastera said...

Syabas,

Susunan cerita menarik dan teratur. Bagi mereka yang tidak pernah ke Brunei akan berasa teringin hendak ke sana.

salam
Cg Hamidah