Saturday, February 21, 2009

DiSerang Haiwan 1



Jam sudah menunjukkan pada pukul 2 petang. Sementara menunggu ketibaan kawan-kawan di kafe yang menghidangkan sate arnab, aku melelapkan mataku ini.

Tiba-tiba aku terdengar suara yang seakan halilintar memanggilku. Aku membuka mataku dengan perlahan-lahan. Alangkah, terperanjatnya apabila aku terlihat seekor arnab yang besar di hadapanku.

Aku berasa ketakutan yang teramat sangat dan tidak tahu di mana aku berada. Aku dapat rasakan titisan air mata mula mengalir di pipiku. Arnab itu mula bertanya tentang diriku.

Aku menjawab soalannya dengan tergagap-gagap sambil memegang erat jari-jemariku. Rupanya arnab itu cuma mengharap pertolongan daripadaku. Arnab itu menyuruh aku menolongnya mencarikan adik–beradik yang lain.

Kini aku berada di kawasan belukar di sebuah bukit. Kami masuk ke setiap lubang yang terdapat di situ. Akhirnya kami berjaya menemui adik–beradik arnab itu yang bersembunyi daripada ditangkap oleh pemburu. Arnab itu mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sudi menolongnya.

Tiba-tiba aku berasa tangan kananku berasa sakit. Aku membuka mata dan mendapati bahawa kawan-kawanku berada di hadapan sambil mencubit lenganku. Aduh!

Aku kebingungan. Mataku terkebil-kebil. Bekas air mataku masih di pipiku dan terdapat bulu arnab terlekat di seluarku! Tiba-tba mataku terpaku pada poster sate arnab!

Oleh : NURULFAJRIYAH BTE MOHD IDRIS (111)

No comments: