Saturday, February 21, 2009

DiSerang Haiwan 4



Aku bosan. Aku menjenguk gambar-gambar yang disimpan. Aku ternampak gambar keluarga dan gambar ikan betukku. Gambar ikan betukku sangat istimewa kerana dahulu aku telah memeliharanya sejak umurku lima tahun hingga sebelas tahun. Aku selalu memberinya cicak, lipas, roti dan lain-lain. Kini, oleh kerana ia sudah mati, aku telah membuangnya ke dalam sebuah longkang.

“Di mana aku ini?”, aku cuba mencari jawapan. Rupa-rupanya, aku berada di dalam air yang sangat kotor. “Air?” aku bertanya diriku. Aku cuba berenang ke permukaan air. Tiba-tiba, seekor ikan berenang ke arahku. Kemudian ia bersuara, “Kau sekarang berada di dalam tangkiku yang sangat kotor dan berbau busuk. Dahulu, engkau telah mencampakkan cicak dan lipas di dalam tangkiku sehingga airnya menjadi kotor.”

“Ikan betukku? Dahulu, aku mencampak cicak dan lipas kerana aku selalu terjumpanya di dalam bilik. Aku tiada makanan untuk diberi kepada engkau selain cicak dan lipas yang aku jumpa”, jawabku. Kemudian ia berkata, “Oh, begitu ya!”

Kemudian, ikan betukku membuka mulutunya dan cuba untuk memakanku. Aku memekik meminta tolong. Mengapa ikan betukku mahu memakanku? Adakah aku kejam kerana memberinya cicak dan lipas dan tidak mencuci tangkinya? Adakah ikan betukku itu telah benar-benar mati sebelum aku mencampaknya ke dalam longkang? Kesemua soalan-soalan itu bertubi-tubi masuk di fikiranku!

Oleh : Ahman Amran B Mashure (111)

No comments: