Inilah kisah hidupku . . .
Aku adalah seekor haiwan betina yang gemuk dan montel. Aku dipelihara oleh seorang penternak yang bernama, Ah Beng. Antara ratusan ternakannya, akulah yang amat disayanginya. Sayangnya makanan aku setiap hari ialah nasi busuk. Aku ditempatkan di kandang yang lecak dan berhimpit-himpit dengan teman-temanku yang lain. Badanku sentiasa berbau busuk kerana tidak pernah dimandikan.
Aku bernasib baik, tidak seperti kawanku, dijual oleh tuanku di pasar dan yang paling menyedihkan, keluarga tuanku suka akan hidangan masakan ‘khinzir ponteh’. Itulah nasib sebahagian teman-temanku.
Walaupun aku disayangi tuanku, tetapi diriku tidak disukai malah dibenci oleh orang islam. Aku tidak menyalahkan mereka kerana agama mereka mengharamkan memakan dagingku dan menyentuh kami.
Aku juga mendapat tahu mengenai satu kajian di mana walaupun dagingku direbus sehingga 100 darjah C, kuman yang berada di tubuhku tidak akan mati! Mungkin itulah sebabnya dilarang oleh agama mereka.
Aku harus terima hakikat hidupku ini. Itulah kehidupan aku sebagai seekor haiwan yang diharamkan pada orang Islam.
Tiada siapapun berasa sedih mendengar cerita aku ini. Manusia hanya mementingkan diri daripada mengambil tahu perasaan kami.
NUR ASYIQIN BTE SUHAIMI - 103

1 comment:
Wah,
Amat berani kamu menulis tentang binatang ini. Syabas kerana sebagai penulis, kamu seakan mengerti kehidupan mereka yang adakalanya bukan dalam kawalan mereka. Tiada rasa jijik bila saya membacanya walaupun memang haiwan tersebut dianggap kotor. kamu berjaya menimbulkan rasa simpati saya terhadap haiwan ini. :) walaupun pada hakikatnya tiada teringin mahu mendekati mereka.
salam,
Cg Hamidah
Post a Comment