“Kuning, Kuning kamu sihat?” jerit aku ke arah sebuah sangkar. Kuning adalah peliharaan yang amataku sayangi. Aku terpaut pada matanya yang kehijauan. Sebelum aku ke sekolah aku terlebih dahulu memberinya makan dan minum seperti biasa.
Suatu hati setelah pulang sekolah, aku dapati dia tidak mahu makan tetapi menatap aku dengan matanya yang tajam. Tiba-tiba aku terlena di depan sangkar Kuning.
Bila aku bangun daripada lenaku, aku berada di tempat yang tidak pernah aku jejaki. Tiba-tiba aku terlihat Kuning sedang menghampiriku. Aku cuba mendakapnya tetapi tidak berjaya. Semakin Kuning menghampirku dia semakin membesar. Aku berasa takut!
“Kuning, tolong aku!” kata aku padanya. “Buat apa aku menolong kamu yang tidak mempunyai hati perut!” jawab Kuning. “Tetapi, mengapa? Aku sudah memberi kau makanan, minuman dan menjaga engkau dengan baik” balas aku.
“Aku ingin hidup bebas. Bebas! Aku tidak ingin dikurung!” jeritnya. Selepas Kuning berkata itu aku baru sedar bahawa aku kini terkurung di dalam sangkar!
“Baiklah aku akan membebaskan engkau seperti haiwan yang lain asalkan engkau membebaskan aku dan pintu rumah aku akan selalu terbuka untuk kau” kataku kepada Kuning.
“Aku setuju, jika kau tidak melepaskan aku, aku akan bunuh kau ataupun mengurung kau, ingat!” kata Kuning dengan tegas.
Beberapa saat kemudian aku sudah berada dalam rumahku. Oleh kerana rasa takut aku cepat-cepat melepaskan Kuning dari sangkarnya dan membiarkannya berjalan keluar dari rumahku. Sejak itu aku tidak lagi melihat Kuning! Kuning mahu hidup bebas!
Oleh : Siti Fadillah Binte Basir (111)

No comments:
Post a Comment