Saturday, February 21, 2009

DiSerang Haiwan 3



“Aaah!!” Aku menjerit ketakutan. Aku ditawan oleh sekumpulan haiwan seperti arnab, kucing, tikus yang besar lagi raksasa. Aku berasa diriku sungguh kecil dan akan dimakan oleh haiwan-haiwan itu hidup-hidup. Mereka mengerumuni aku dan melihat aku dengan bengis. Mereka mendekati aku dan aku cuba melepaskan diri tetapi gagal!

Seekor arnab mendekati aku dan berkata, “Kami hendak memakan kau kerana kau telah menyiksa aku dan sekarang aku ingin makan kau sebagai balasan!”

“Tidak!!! Aku tidak menyiksa kau, aku telah menjaga kau dengan baik dan rapi. Kau tahu manusia suka pelihara haiwan. Mana mungkin manusia hendak menyiksa haiwan. Dan manusia itu ialah aku!!!” Aku meluahkan kata hatiku yang terpendam di dalam hatiku.

Haiwan-haiwan itu terperanjat mendengar kata-kataku tetapi mereka tidak peduli dan membuat keputusan untuk tetap makanku. Kesemuanya membuka mulut mereka luas-luas dan kelihatan gigi dan taring mereka yang tajam!

Aku menjerit sekuat hatiku dan akhirnya, “BANG!!!” Tubuhku berpeluh dan ibu terperanjat kerana aku jatuh dari sofa. Aku melihat ke arah sangkar arnabku di balkoni. Arnabku sedang tidur lena!

Oleh : Noreyshahfitri bte Roseli (111)

No comments: