Monday, August 18, 2008

Rencana untuk E-Pembelajaran : Penuh Gemilang

Penuh Gemilang

SUKAN Olimpik Beijing dibuka secara rasmi malam tadi dengan China mempamerkan diri mereka sebagai sebuah negara yang moden dan berkeyakinan. Presiden China, Hu Jintao mengisytiharkan kejohanan itu dibuka dengan rasmi di Stadium Nasional yang terkenal dengan gelaran “Sarang Burung” di hadapan 90,000 penonton dan dianggarkan empat bilion lagi mengikutinya menerusi televisyen di seluruh dunia.

“Bagi satu tempoh yang lama, China mengimpikan membuka pintunya dan mempelawa atlit dunia ke Beijing untuk Sukan Olimpik. Malam ini impian itu menjadi nyata. Tahniah Beijing,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik (IOC), Jacques Rogge.

Beberapa minit kemudian, kawah Olimpik dinyalakan Li Ning, gimnas China yang memenangi tiga pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 1984. Upacara pembukaan tiga jam setengah diarahkan pengarah filem yang dicalonkan untuk anugerah Oskar, Zhang Yimou, menampilkan 5,000 peserta dari 204 negara yang berarak masuk ke dalam stadium dengan diiringi 35,000 letupan bunga api.

Bagi negara di mana angka lapan dianggap bertuah, upacara itu bermula selepas lapan minit jam lapan malam, pada hari kelapan dalam bulan lapan. Menepati tradisi, Greece, pengasas kepada Olimpik purba, mengetuai perarakan dengan atlit judo, Ilias Iliadis membawa bendera negaranya.

Kontinjen negara menyusul tidak lama kemudian dengan segak berbaju Melayu berwarna oren dengan pelumba basikal, Muhd Azizulhasni Awang membawa Jalur Gemilang.


Dipetik daripada :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Arena/20080809093207/Article/index_html

No comments: