Wednesday, January 09, 2008

PenDeRmaan OrGan



Saya turut bersetuju dengan undang-undang pemindahan organ yang akan diluluskan oleh pihak pemerintah kepada semua rakyaT Singapura, termasuk orang Melayu/Islam kerana peraturan itu membolehkan kita membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya selepas kita meninggal dunia.

Sebelum ini umat Islam dikecualikan dalam undang-undang pemindahan organ - HOTA. Tetapi kini bukan sahaja kaum India dan China terlibat dalam pemindahan organ, malah kaum Melayu/Islam juga turut disertakan apsbila Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA)apabila diluluskan oleh pihak parlimen.

Undang-undang yang diluluskan itu akan dapat menyelamatkan lebih ramai pesakit ginjal yang masih dalam daftar menunggu. Langkah penyertaan umat Islam itu amat dialu-alukan kerana bertepatan dengan konsep gotong-royong atau saling bantu-membantu tanpa kira warna, bangsa dan agama.

Para pesakit ginjal perlu membayar ribuan dolar untuk menerima rawatan dialisis sepanjang hayat mereka. Masa banyak dihabiskan untuk rawatan dialisis di samping pekerjaan mereka turut terjejas. Tetapi dengan pemindahan ginjal kita dapat meringankan beban kewangan yang mereka tanggung.

Akta pemindahan organ merupakan sinar harapan untuk pesakit-pesakita ginjal hidup seperti manusia biasa!

SITI REHANA BTE SABTU
MENENGAH : 404